Followers

Wednesday, June 30, 2010

Pendaftaran online sem 1/2010/2011

salam,

alhamdulillah semalam saya dah daftar online di smpweb. terasa cepat betul masa berlalu, dah masuk semester 3. bermaksud dah setahun pengajian. perjalanan kerja2 penyelidikan sepatutnya dah 1/3 ... heheehe... banyak juga senarai menunggu tugas2 nak dibuat ni. mana satu nak buat dulu pun dah pening....adehhhh...help help help! mari kita tengok senarai tugas yang nak dilaksanakan sem 3 ni:

* siapkan soalselidik tentang pembungkusan makanan IKS (target: pengilang & pengusaha)
* event/exhibition yang berkaitan dgn food packaging ni (ada 2 dlm senarai bulan 7)
* training food packaging (tentatif date 23-24 Aug 2010) - tp kena apply dl ngan sv / fakulti / universiti
* buat pembetulan proposal dengan mengambilkira komen2 penilai dalam / luar semasa defend proposal yang lalu (sudah kena mula penulisan draf tesis sebenarnya ni)
>> study QFD (utk research method)
>> CAD development oleh malaysian
>> teknik2 pertukaran / pemindahan CAD data
....

Saturday, June 26, 2010

should attend!

21ST MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD PROCESSING & PACKAGING EXHIBITION 2010
Date : 2010-07-15 ~ 2010-07-18
Venue : PUTRA WORLD TRADE CENTRE
Organizer : ES EVENT MANAGEMENT SDN BHD on
URL : http://www.esevent.com.my


MIFB 2010
Date : 2010-07-22 ~ 2010-07-24
Venue : PWTC
Organizer : EXPOMAL INTERNATIONAL SDN BHD Send
URL : http://www.mifb.com.my

Friday, June 25, 2010

meeting #13 (2/09/10) & MIHAS 2010

salam,

pada 24/6/2010 (khamis) kami bertemu dengan sv. tujuan utama untuk urusan pengesahan laporan kemajuan penyelidikan yg perlu dihantar ke unisel. selepas lebih kurang sejam pertemuan ini, kami pergi ke MIHAS2010 pula.



Sunday, June 20, 2010

pindah-randah

salam,

2 minggu lepas kami (staf yang dapat skim cuti belajar) diarahkan untuk mengosongkan bilik masing2 dan fakulti ada menyediakan dua buah bilik (quad) untuk postgrad room. selepas berbincang dengan mr hasben, dia kata bawa sajalah semua barang balik ke rumah, nnt lepas ni takdelah susah payah lagi nak pindah ke mana plak. maka operasi menyiapkan/menyediakan bilik opis di rumah pun dimulakan. setelah survey beberapa kedai perabot berhampiran, akhirnya beli 2 rak buku (4kaki*7kaki), meja belajar & kerusi. hari rabu lepas pula operasi mengangkat barang dibantu oleh 2 orang pekerja mr hasben. setel semua tunggu kemas barang2 di rumah pula. hari sabtu (semalam) furniture yang ditempah baru sampai. maka operasi mengemas bilik ni pula la...alhamdulillah hampir selesai...ok apalagi tunggu? study rajin2 ye :)

Saturday, June 12, 2010

peringatan untuk diri sendiri

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim

~Ya Allah, ku bermohon kepadaMu jauhkanlah sifat2 menzalimi insan lain...Kau maha adil Ya Allah...ku redha dengan ujianMu...~

S3 > D5 > ??

Tuesday, June 8, 2010

lawatan ke pejabat bendahari, UKM

salam,

Hari ini saya ke UKM. tujuan utama untuk menghantar salinan surat tawaran biasiswa pengajian ke pejabat bendahari. sebelum ini (2 sem yang lepas) saya bayar dahulu yuran pengajian baru buat tuntutan & dapat 50% bayaran. Alhamdulillah bermula semester depan hingga insyaAllah semester akhir pengajian (biasiswa sehingga nov 2012) yuran pengajian akan ditanggung oleh unisel.