Followers

Sunday, April 12, 2009

.:: Pertemuan kedua ::.

salam,

Pd jumaat 10/4/09 jam 10 pg yang lalu alhamdulillah pertemuan kedua bersama bakal SV berjalan lancar. Tujuan utama mestilah nak tunjuk proposal untuk dilampirkan bersama borang permohonan nanti. Alhamdulillah syukur Dr RS kata ok dah boleh proceed dgn application. Selepas itu baru nanti proposal ini akan diperkemaskan untuk peringkat "defend proposal". Pada pertemuan kedua ini menambah lagi pemahaman saya terhadap bidang dan tajuk kajian saya. Kajian yang akan saya jalankan berkenaan dengan pembangunan produk CAD (CAD product development) untuk SME Malaysia menggunakan teknik RP. Seperti biasalah bila dah jupe Dr RS ni semangat pon berkobar2. Ya Allah semoga kau permudahkan perjalanan PhD ku dan rakan2 seperjuangan. aminnnnn...

No comments:

Post a Comment