Followers

Tuesday, June 9, 2009

.:: SMIDEX'09 ::.



salam,

pada 5 Jun 2009 (jumaat) yang lalu, saya bersama mdm SK dan mr FA berpeluang mengunjungi SMIDEX'09 yang diadakan di KL Convention Centre. Pada mulanya saya dan mdm SK merancang untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam disebabkan masalah "parking" yang dijangka antara faktor utama yang perlu diambilkira bila berurusan di KL. Tetapi lewat petang khamis itu, mdm SK berubah fikiran, kita pergi sahaja lah dengan kereta beliau (sepatutnya "trip" kali ini dengan kenderaan saya tetapi berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan) sebab risaukan masalah ketepatan waktu pula. Pagi itu saya menanti mdm SK ambil saya dan berjanji dengan mr FA untuk bertemu shj di KLCC. NAmpaknya "rezeki" kami tiada masalah parking, dapat pula parking dengan bayaran sekali masuk rm8 dan sangat hampir dgn tpt pameran.
Antara "ilmu" yang di perolehi di sana, sudah semestinya saya fokuskan kepada rekabentuk produk-produk makanan IKS yang dipamerkan di booth yang berkaitan dengan . Keadaan di sana lebih kurang dengan kunjungan ke MIHAS tempohari tetapi nampak lebih "santai", mungkin disebabkan ia diadakan pada hari bekerja dan para usahawan yang mengambil bahagian kali ini lebih kepada "ada masa" untuk melayan soalan2 "cepumas" saya. Kami tiba di sana lebih kurang jam 11 pagi. Terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar-sedar sudah hampir pukul 1 tghari. Perut tidak terasa lapar disebabkan di sepanjang booth yang mempamerkan produk makanan ada sahaja cawan2 kecil atau lidi2 kecil yang dicucuk kepada sampel makanan...Kami bergegas keluar daripada ruang pameran memandangkan ada temujanji dengan sv jam 3 ptg...ayuhhhh kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment