Followers

Monday, July 27, 2009

Printer oh printer…

Printer (Pencetak) memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan saya (dan rakan seperjuangan). Terlalu banyak material yang perlu dicetak dan baca…meminjam kata2 seorang sahabat saya, untuk tahun pertama pengajian ni baca dan baca dan baca…jangan terlalu fikirkan fasa pembangunan system tersebut tetapi fahamkan dahulu / sebatikan dalam jiwa kajian kita tu…Kembali kepada cerita printer saya ni…Sebenarnya pada tahun 2007 lagi suami tersayang telah belikan printer sebagai pendorong saya buat PhD ni…printer HP Officejet K5300 berharga rm400++ (printer hitam putih & warna – vivera ink/tak rosak kena air) tetapi masa tu tunda dulu wat PhD sebab mengandungkan anak kedua dan selamat melahirkannya pada Mei 2008. Selepas itu barulah mula hubungi semula potential sv. Maka tugas utama printer tersebut masa tu hanyalah untuk kerja2 pejabat, cetak gambar dsbgnya (dah lari dr tujuan utama beli dia kan…). Dan pada Jun 2009 ini sy baru mendaftar menyambung PhD.Kebetulan pula ink katrij printer tersebut habis dan serata tempat juga lah mencari ink katrij akhirnya jumpa jugalah di Plaza Low Yat, KL. Memandangkan susah sgt cari ink katrij maka sy pun beli teruslah lebih untuk kegunaan akan dating. Masa tu SO & FA pun beli printer laserjet Xerox. Harga printer tersebut lebih kurang dgn jumlah ink katrij yg sy “borong” ni… Bila katrij baru dipasang Nampak kualiti cetakan dan kurang / ada masalah garisan2 tak keluar. Godek punya godek bahagian Printhead CY blinking2 menandakan ia perlu diganti.sudahhhhh pening plak nak cari, serata kedai juga tak jumpa sampailah dapat hubungi service centre di Damansara dan wakil mereka kata harga printhead tu diaggarkan 200-300…aduyaiii…incik suami kata beli je la printer baru…dan sabtu lepas kami ke Plaza Alam Sentral, SA, mula2 nak beli printer laserjet yg sama spt FA & SO tp akhirnya berkenan gak dgn HP laserjet M1005 (print/scan/copy). Harga RM489…mungkin dapat lebih rendah di Low Yat tapi tak ke sana (campur kos minyak tol tenaga sama je kot)… :)

No comments:

Post a Comment