Followers

Saturday, February 28, 2009

.:: research proposal ::.

Alhamdulillah, setakat ini yang sudah dapat diselesaikan:
i) Tajuk, latarbelakang dan permasalahan penyelidikan
ii) Objektif, skop dan kepentingan kajian

Friday, February 27, 2009

.:: gali gali gali ::.

semalam seharian di pejabat.
sedang bercuti sebenarnya tetapi untuk mendapatkan article/journal yang berkaitan kenalah akses internet dalam kampus.(contoh:emeraldinsight, proquest etc)
hari ini aktiviti membaca/memahamkan... (thats what all about research right?)

Tiba-tiba teringat plak tentang gelagat student dtg ke pejabat.
student: kami cari puan takde, kat timetable ni puan g riadah.
sz: haaa, riadah? kat mana saya tulis saya g riadah?
student: ni haa R&D ni riadah ye puan?
(sambil tangan menujuk ke arah timetable yang ditampal di noticeboard depan bilik)
sz: hehehe...pandai la awak ni, R&D ni research & development...
student : o ye ke puan, maaf ye puan, kami ingat puan pergi beriadah petang jumaat...
sz : :))

Wednesday, February 25, 2009

.:: u r here to learn ::.

improving Small and Medium Enterprise SME in Malaysia
~ CAD
~ SME
~IKS
~transferring data
~apa lagi?

Monday, February 23, 2009

.:: journal / article ::.

>> hanya ada beberapa jam untuk digunakan mencari info berkaitan.
>> cari beberapa link yang menawarkan free download journal/article.

Sunday, February 22, 2009

.:: idea awal ::.

satu perbincangan secara ringkas dibuat bersama co-supervisor tidak rasmi (mydearhusband). setakat ini dah nampak sikit apa yang hendak dibuat. saya akan meminjam konsep membuat website secara konvensional (beberapa tahun yang lalu) berbanding dengan kaedah yang ada sekarang. di mana ada kesungguhan di situ ada jalan. lihatlah bagaimana mudahnya orang yang bukan IT pun boleh buat simple website (e.g: blog). bagaimana? mesti ada kesungguhan dan rajin kan. template dah disediakan,cuma rajin tak rajin jer nak "godek2" (edit)

.:: RMK9 ::.

hari ni dok baca & fahamkan RMK9 ni...
kenapa RMK9?
kenapa kenapa kenapa?
RMK9 RMK9

Saturday, February 21, 2009

.:: tajuk ::.

salam,

*hari ini seharian mencari tajuk yang sesuai.
**dari pagi sampai ke malam.
***dari minum pagi sampai minum malam.
****masih melayari internet sepanjang hari.
*****masih mencari kata kunci.

Demi Masa
Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

a a a.....

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(sihat sebelum sakit)
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

(Ingat lima perkara) Hidup sebelum mati
(sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua

(Ingat lima perkara) Kaya sebelum miskin

(sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

.:: langkah pertama ::.

salam,

Seperti yang telah dibincangkan semalam. apa yang perlu saya buat sekarang?saya perlu menyediakan proposal awal kajian yang hendak dibuat.ia memerlukan sekurang-kurangnya 20 rujukan research paper. Nampaknya saya akan menggunakan waktu cuti tahunan yang telah dipohon sepanjang minggu depan (pelajar tengah cuti pertengahan semester) dengan kerja-kerja menyiapkan proposal ini. Di harap segalanya berjalan lancar.

Friday, February 20, 2009

.:: semuanya bermula di sini ::.

salam,

Catatan ini adalah catatan pertama mengenai pengembaraan saya (insyaAllah) menuju ke mercu kejayaan. Doakan segalanya berjalan lancar. Saya memulakan langkah pertama dengan bertemu bakal penyelia PhD di UKM. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi memudahkan urusan pertama. Pertemuan pada pagi jumaat yang mulia ini berakhir dengan semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan perjalanan. Saya harap dua orang rakan seperjuangan saya pon bersama-sama dengan saya meniti arus yang bakal mendatang.
Pelbagai dugaan atau cabaran yang semestinya menanti di hadapan itu....