Followers

Tuesday, May 19, 2015

Tiga pensyarah UNISEL diiktiraf National Outstanding Educator Award 2015

Alhamdulillah

http://bm.selangorku.com/74077/tiga-pensyarah-unisel-diiktiraf-national-outstanding-educator-award-2015/

SHAH ALAM, 19 MEI: Tiga pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Selangor (Unisel) dipilih sebagai finalis National Outstanding Educator Award 2015.
Dr Suziyanti Marjudi, Dr Mohd Fahmi Amran dan Faudzi Ahmad turut menerima sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang diadakan di Kolej Antarabangsa Kirkby, baru-baru ini.
“Kejayaan membanggakan ini turut menaikkan nama Unisel di seluruh negara.
1e8a5361b0a2cf1c41f9a657f956af7f“Ia juga diharap mampu menjadi pembakar semangat buat seluruh warga universiti dalam mencapai kejayaan di pelbagai bidang,” kata satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat Unisel.
Program anjuran Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad itu menyaksikan kira-kira 30 finalis di pilih, manakala 18 lagi pemenang pelbagai kategori.
Ia adalah usaha meraikan pendidik institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh negara sempena Hari Guru, pada 16 Mei lalu.
Seramai 250 wakil pelbagai IPTS menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.
-NFN-

Tuesday, March 24, 2015

24.3.15 | Kontena Nasional, Petaling Jaya


Alhamdulillah... bersama para pelajar & rakan sejawat ... terima kasih atas layanan yg sangat baik diberikan oleh staf KN ... semoga pelajar dapat pendedahan dan ilmu yang bermanfaat
gembira bersama pelajar yang telah menamatkan pengajian diploma di UNISEL dan tetap memilih UNISEL untuk menyambung pengajian mereka di peringkat lebih tinggi ...
tambah gembira dan berbangga apabila bertemu alumni FCSIT, UNISEL yang telah berkhidmat di sana lbh kurang 4 tahun (sejak tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat - Pengurusan Rantaian Bekalan / Bachelor IT in SCM) ...