Followers

Sunday, June 14, 2009

.:: bayar yuran ::.

12 jun 2009 (jumaat)

Kami (sz,SK & SO) ditemani oleh AZ pergi ke Bank Islam, Tg Karang utk bayar yuran pengajian (RM2620). Terasa kembali ke alam nak mendaftarkan diri masuk U lebih kurang 11 tahun yang lalu...dulu kena bayar kat Bank Bumiputera Commerce (skrg CIMB)...dulu parent punya duit sekarang sendiri punya duit... :p

Lewat petang itu juga PA Dekan minta ambil semula surat sokongan permohonan skim yang telah ditandatangan...Alhamdulillah, seterusnya kena hantar ke HR utk dibawa ke mesy pengurusan/latihan staf

Wednesday, June 10, 2009

.:: pertemuan kelima ::.

salam

pada 8/6/09 kami bertiga (sz, FA, SK) dipanggil "mengadap" top mngmt fakulti (dean,TDA & TDRD) berkenaan dengan permohonan skim sambung belajar. Kami perlukan dokumen sokongan drpd sv berkaitan dengan bidang kajian. Ptg itu juga sz terus hubungi Dr RS untuk set appoinment petang esok...alhamdulillah dr RS available...

9/6/09 (3pm)
lebih kurang jam 1 ptg kami (sz, FA, SK & SO) bertolak dari fakulti.smpi di UKM hampir pukul 3 juga la. perut yang lapar belum diisi ni diabaikan dulu. yang penting jumpa Dr RS dulu. suara dah hilang ni, cam tertelan tongkol jagung pun ada ("baru balik middd"). beri laluan kpd mdm SK dan mr FA la jadik jurucakap...ihiks.secara tak langsung pertemuan kali ini merupakan pertemuan kelima.perbincangan khas untuk bidang kajian masing2. alhamdulillah selesai...perjuangan PhD je yg belum selesai..hehehe...

Tuesday, June 9, 2009

.:: Pertemuan keempat ::.

5/6/09 (jumaat 3pm)

nampaknya lebih kurang sebulan jugalah kami tidak bertemu dgn Dr RS sejak urusan penghantaran borang permohonan tempohari.Alhamdulillah kali ini kami bertiga dtg dengan surat tawaran...hehehe.Selalunya pertemuan kami jumaat pagi, tetapi kali ini jumaat petang pula. saya dan mdm SK tak sempat makan tghari, kami singgah di masjid UKM utk menunaikan solat zuhur dan terus menuju ke ftsm. Alhamdulillah kami sampai tepat pada masa yang dijanjikan. Seperti yang dirancang, kali ini saya ingin berbincang dengan sv tentang perancangan kerja saya selama setahun ini. Dr RS bersetuju dengan perancangan yang dibuat di mana pada awal pengajian ini lebih fokus kepada menghadiri kursus/bengkel yang berkaitan dengan rekabentuk pembungkusan produk IKS. Selepas itu kami dibawa melawat makmal KI. Dapatlah kami melihat RP printer utk CAD (utk ujikaji saya & mr FA lah nampaknya nanti yeayyy), robot (bakal soulmate mdm SK sepanjang pengajian :p ), dan equipment lain...

.:: SMIDEX'09 ::.



salam,

pada 5 Jun 2009 (jumaat) yang lalu, saya bersama mdm SK dan mr FA berpeluang mengunjungi SMIDEX'09 yang diadakan di KL Convention Centre. Pada mulanya saya dan mdm SK merancang untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam disebabkan masalah "parking" yang dijangka antara faktor utama yang perlu diambilkira bila berurusan di KL. Tetapi lewat petang khamis itu, mdm SK berubah fikiran, kita pergi sahaja lah dengan kereta beliau (sepatutnya "trip" kali ini dengan kenderaan saya tetapi berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan) sebab risaukan masalah ketepatan waktu pula. Pagi itu saya menanti mdm SK ambil saya dan berjanji dengan mr FA untuk bertemu shj di KLCC. NAmpaknya "rezeki" kami tiada masalah parking, dapat pula parking dengan bayaran sekali masuk rm8 dan sangat hampir dgn tpt pameran.
Antara "ilmu" yang di perolehi di sana, sudah semestinya saya fokuskan kepada rekabentuk produk-produk makanan IKS yang dipamerkan di booth yang berkaitan dengan . Keadaan di sana lebih kurang dengan kunjungan ke MIHAS tempohari tetapi nampak lebih "santai", mungkin disebabkan ia diadakan pada hari bekerja dan para usahawan yang mengambil bahagian kali ini lebih kepada "ada masa" untuk melayan soalan2 "cepumas" saya. Kami tiba di sana lebih kurang jam 11 pagi. Terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar-sedar sudah hampir pukul 1 tghari. Perut tidak terasa lapar disebabkan di sepanjang booth yang mempamerkan produk makanan ada sahaja cawan2 kecil atau lidi2 kecil yang dicucuk kepada sampel makanan...Kami bergegas keluar daripada ruang pameran memandangkan ada temujanji dengan sv jam 3 ptg...ayuhhhh kawan-kawan!