Followers

Thursday, May 31, 2012

2012: penerbitan ketiga

Alhamdulillah, satu jurnal baru terbit (saya penulis bersama), tahniah kak Sal! semoga momentum menulis semakin bertambah! Saliyah Kahar, Riza Sulaiman and Suziyanti Marjudi. Article: Development on Mobile Robot Controller by using High Level Language Programming: A Review. International Journal of Computer Applications 45(10):29-34, May 2012. Published by Foundation of Computer Science, New York, USA. BibTeX

Progress Report Meeting

Salam, Isnin yang lepas (28/5/2012) ada perjumpaan IVI, UKM Phd Student @ Puri Pujangga. Pada masa yang sama juga diadakan sesi untuk defend proposal bagi pelajar2 yang berkenaan. Untuk sesi saya bersama sv pula lebih kepada update (siaran ulangan) sebab dah jumpa rabu yang lepas ;) walaubagaimanapun ada beberapa perkara juga la dapat dibincangkan dengan lebih lanjut ... semoga Allah mudahkan perjalanan PhD saya dan teman2 ... InsyaAllah
~kak Sal, Sz & SV~

45th meeting

Alhamdulillah rabu lepas (23/5/2012) saya selamat berdiskusi dengan sv ;) ... meeting ke-45 ...
perbincangan banyak kepada persediaan untuk progress report meeting isnin akan datang ni ...
yang penting timeline di gantt chart tu ...
di semester2 hujung2 nyawa  ... :)

tarikh penting :
3/9/2012 hantar borang untuk "thesis submission notice", sertakan sekali dengan abstrak ... borang ini perlu dihantar 3 bulan sebelum tarikh hantar thesis penuh.


ada "kisah" di sebalik perjalanan nak ke ukm ni ... mula2 pasal kenderaan, saya tak boleh nak drive sendiri sebab lesen memandu "mati" maka terpaksalah encik suami hantarkan ... lepas tu plak syabil & syimir tak sihat, selesema + batuk maka tak hantar lah drop in ke taska ... akhirnya sekeluarga lah hantar mamanya ke "sekolah" ;) ... kecuali kakak sarah lah sbb dia sekolah kebangsaan + kafa :)