Followers

Sunday, July 29, 2012

jihad

Alhamdulillah pada khamis 26/7/2012 bersamaan  6 Ramadhan 1433H kami berdiskusi dengan sv. Macam2 perkara dibincangkan ...
Perbincangan utama lebih kepada perkembangan penyelidikan dan penulisan ...
walaupun dalam keadaan berpuasa tak terasa dahaga sebab pejabat baru sv sejukkk ya amat macam dalam petiais :p ... 


"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"


terasa masa semakin singkat, bayang-bayang penghantaran notis tesis melebihi bayang-bayang persiapan nak raya ni ;) ... rasanya kalahkan orang bercinta ... mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... hihihihi...

apapun sama2 lah ye kawan2 kita harungi fasa "hidup" kita begini ... pikir positif, bukan semua orang merasai nikmat Allah ini  ... bukan semua orang dapat peluang meyambung pengajian hingga peringkat ini ... bukan semua orang... bukan semua orang... bukan semua orang ... kita sedang berjihad menuntut ilmu Allah ini ...


Thursday, July 12, 2012

dugaan PhD?

salam,
pernah sahabat saya bertanya apakah dugaan yang saya lalui sepanjang pengajian PhD ni?
errmmmm serius nya saya tak tahu nak jawab apa 

Saya sentiasa percaya kepada kekuasaan Allah!

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Kita harus ingat, setiap saat ALLAH akan menduga umatNya dengan berbagai2 ujian, tidak kira dari segi kesusahan atau kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa, dan bertawakal amat penting kerana islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah,terpulang kepada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. Oleh itu, setiap perkara hendaklah ditangani dengan bijak,jangan bertindak terburu dan selebihnya berserah kepada Allah SWT. [1]

semua orang tak kira sedang buat phd atau tidak ada dugaan / ujian dalam hidupnya
bezanya bagaimana dia menanganinya

semoga Allah sentiasa berikan kekuatan dan ketabahan kepada saya dan sahabat2 lain
InsyaAllah!

pil-pil vitamin HEBAT saya!



mak abah @ Jetty Jesselton Point, Sabah

keluarga kecil kami

keluarga besar (tak semua ada dalam gambar, keluarga kandung + keluarga mertua)
tengok kaklong saya kan besar :p


sahabat seperjuangan & supervisor PhD kami