Alhamdulillah ...
syukur ke hadrat Ilahi ...
masih beri pelbagai nikmat kepada hambanya ini ...
20/9/12 pertemuan pertama dengan sv setelah masuk semester baru ...
Allahuakbar ... sudah sem 7!
bermaksud sudah 3 tahun 3 bulan saya dan rakan2 seperjuangan bernaung di bawah penyeliaan sv ...
tak terbalas jasa beliau
bagi yang mengenali sv kami mungkin beri persepsi yang sama...
ya, beliau memang seorang yang sangat berkaliber dan bagi kami seorang yang sentiasa memotivasikan diri untuk teruskan perjuangan dalam alam penyelidikan ini ...
Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan lancar
draf abstrak telah sv komen dan ada yang perlu dibaiki
selepas baiki kena submit semula utk sv semak dan semak dan semak
sekiranya ok akan disemak ke penilai dalaman pula
dan selepas proses pembetulan dan sebagainya barulah boleh hantar notis penyerahan tesis
InsyaAllah seminggu dua ni pulunnn la apa yang patut
pada masa yang sama juga urusan lain perlu diteruskan juga
semalam submit juga draf tesis untuk sv semak
mana2 yang dah siap la walaupun banyak lagi yang "rongak" ;)
seterusnya task2 lain yang tertangguh atas sebab masalah kesihatan yang merudum lebih kurang 2 minggu lalu perlu dilaksananakan ...
"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku
dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan
kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan
kealpaanku."