Followers

Wednesday, October 30, 2013

Majlis Perjumpaan Staf dan Majlis Ramah Mesra Siswazah IVI

Tarikh  :  30 Oktober 2013 (Rabu)
Masa :  11.30 pagi - 2.00 petang
Tempat :  Institut Informatik Visual




Majlis juga akan meraikan Siswazah IVI yang baru sahaja menamatkan pengajian pada sesi Konvokesyen Ke-41 UKM.



Saturday, October 26, 2013

Majlis Konvokesyen UKM Ke-41


26.10.2013
Majlis Konvokesyen UKM Ke-41
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)






Alhamdulillah ...
secara rasminya ...
Dr. Suziyanti Binti Marjudi

Monday, September 9, 2013

VIVA

3.9.13 selasa



Sz, SV, Pengerusi VIVA, wakil Pengarah IVI, Pemeriksa Dalam


Jadual VIVA adalah pukul 11pagi.
Setelah melalui proses VIVA selama lebih kurang 2 jam, syukur alhamdulillah pengerusi mengucapkan tahniah ...
Syukur Alhamdulillah saya telah berjaya melepasi ujian lisan mempertahankan tesis (VIVA).



Makan tengahari / minum petang di restoran seri kembangan



Saturday, August 31, 2013

sabar itu indah ...

selepas penghantaran tesis pada akhir bulan februari sepatutnya lebih kurang selepas 3 bulan akan dapat tarikh viva
di mana jangkaan lebih kurang akhir bulan may
namun kita hanya mampu merancang
Allah jua lah yang menentukan sebaiknya
penilai luar saya sedang bercuti sebatikal dan baru terbang ke riyyadh
Allahuakbarr... di khabarkan pula akhir jun / julai baru beliau balik ke malaysia
Allah...Allah..Allah ...
hanya kepadamu ku berserah ...
kita hanya mampu merancang
namun siapa lah kita nak bagi arahan kepadaNya kan

pada 7.6.13 saya selamat melahirkan bayi perempuan
cahayamata keempat
Alhamdulillah


Thursday, August 29, 2013

Persediaan sebelum VIVA

sediakan slide pembentangan!
perbincangan meja bulat ;)

@ Grand Bluewave Shah Alam ...



Wednesday, August 28, 2013

Panggilan VIVA

Pada rabu 28/8/13 dapat panggilan viva drpd pn ezura (pps UKM)
akhirnya dapat tarikh panggilan viva
insyaAllah pada selasa 3.9.13 jam 11pg
tarikh awal yang diberitahu sv pada 10.9.13
maka makin berdegup laju la jantung ni




Tuesday, August 27, 2013

Rapid Manufacturing Simulation Model Building using Cladistics Workshop





Rapid Manufacturing Simulation Model Building using Cladistics Workshop

by Assoc. Prof. Dr Benny Tjahjono from Cranfield University, United Kingdom.

27/8/2013 @ FTSM, UKM

Tuesday, August 20, 2013

Sarapan bersama SV ... Tahniah Prof!


20.8.2013
Pertemuan bersama sv dan rakan-rakan seperjuangan setelah tamat cuti bersalin :)
Alhamdulillah sv dapat kenaikan pangkat professor penuh
Tahniah Professor Ir Dr Riza Sulaiman
semoga Allah murahkan rezeki Prof di atas segala kebaikan beliau kepada kami dan orang lain




Menurut SV, kebarangkalian besar tarikh cadangan VIVA adalah pada 10.9.13. Maka lebih kurang 2-3 minggu lagi untuk membuat persediaan.

Tuesday, May 21, 2013

sebelum cuti panjang ...

insyaAllah 3 minggu lagi akan delivered 4th baby ...

urusan penerbitan kertas kerja penyelidikan ICEEI2013

Wednesday, February 27, 2013

submit tesis

Alhamdulillah syukur...
diiringi hujan rahmat sepanjang jalan ..
hampir jam 5ptg (Selasa, 26/2/13) telah selamat diserahkan ke fakulti
7 salinan tesis untuk persediaan viva
kebiasaannya dalam masa 3 bulan akan dapat tarikh viva
sekarang ni berdoa banyak2 la agar dipermudahkan urusan seterusnya


sedikit ringkasan untuk proses penghantaran tesis
*3 bulan sebelum perlu memohon/isi borang notis submit tesis - perlu lampirkan sekali dengan abstrak/abstract yang telah dinilai oleh penilai dalaman
*proses pembetulan draf tesis - perjumpaan lebih kerap dengan penyelia PhD
*isi dan lengkapkan borang biru-putih
  - perlu pengesahan PPS UKM
  - perlu pengesahan Bendahari di PPS UKM (bayaran yuran tesis RM2000)
  - perlu pengesahan penyelia PhD (pengesahan penerbitan, buku log & laporan Turnitin)
  - perlu pengesahan ketua kumpulan penyelidikan (IVI)



Sunday, February 3, 2013

Approval nomination internal & external examiners

Salam,

Alhamdulillah, Allah izinkan saya mencoretkan sedikit pengalaman sepanjang pengajian PhD ini.
sudah agak lama juga blog ini terbiar ...
bukan takde hati nak kemaskini tapi kekangan masa dan keadaan ...
kita citer sikit2 la sementara saya ingat ni ...
klu tak kena buka balik buku log penyelian tu ... ;)

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan penghantaran notis tesis 3 bulan
dan pada tarikh 22.11.12 telah diluluskan penamaan pemeriksa dalaman dan luaran utk tesis saya.
boleh check di website smash ftsm
http://www.ftsm.ukm.my/smashftsm/menupelajar/form.php



maka dengan rasminya tesis lengkap akan dihantar pada 21.2.13