Followers

Thursday, November 5, 2009

seharian di fakulti...

salam,

Minggu ini sudah bermula minggu peperiksaan. Bagi subjek TM6014 pada semester ini tiada peperiksaan.yahuuuuu...tetapi kami diberi masa 2 minggu (dateline 13/11/09) utk menyiapkan research proposal (ada 17 point/item penting kena buat) & Lit Ideation...Walaupun tiada kelas pada minggu ini, namun kami perlu konsisten pergi ke fakulti utk buat kerja2 "sekolah" ni...almaklumlah sgt lain lah cabaran bila belajar & ada aksesori tambahan di rumah (anak2 kecil). Nanti belajar ke mana, anak2 pula ke mana. Bukan senang nak seimbangkan masa utk keluarga & kerja2 penyelidikan. Saya sangat "tabik hormat" kepada kawan2 yang boleh menghadapi cabaran ini. Ramai kawan2 di kelas kami tu sanggup travel jauh2 tinggalkan keluarga, anak2 utk ke kelas/jumpa penyelia. Untuk k intan & che mat pun tak kurang hebat cabaran di perantauan. Semoga segala kepayahan/kesukaran yg kita hadapi sekarang menjadikan kita lebih matang dalam mengenal erti kehidupan...
Ok lah, cerita semalam (selasa, 3/11/09). Kami berempat sehari suntuk di fakulti. Aktiviti pertama sampai di fakulti mestilah baharui pinjaman tesis...hehehehe...dah overdue ni...selepas itu aktiviti ke makmal pula.Pertama kali kami "lepak" di makmal D7. Makmal kegemaran kami tutup (Makmal 2/Makmal Teknologi).Harapnya minggu depan2 buka la sebab kami dah selesa satu sem dok melepak (buat kerja) di situ.Mulanya aktiviti untuk bertemu sv, Dr RS tidak kesampaian sbb fakulti ada audit. Tetapi lebih kurang jam hampir 5 ptg kami "terjah" je lalu lalang di depan bilik KJ & Dr RS ada, baru shj selesai audit...heheheee.Maka ada beberapa tujuan utama berjumpa beliau terlaksa sudah...Alhamdulillah...
antara perbincangan kami:
*research proposal utk TM6014 vs depend proposal (sem depan,insyaAllah)
~Alhamdulillah,saya dah "nampak" antara point utama yang nak ditulis dalam contribution/novelty research sy ni :) )
~keperluan/kesesuaian conceptual framework dgn bidang penyelidikan tertentu
~perlu baca article/journal & critique/kaitkan dengan bidang penyelidikan barulah kita nampak di mana nilai kajian yg boleh dibuat
~boleh mohon hadiri mana2 conference/workshop yg berkaitan dengan bidang penyelidikan menggunakan bajet projek
*permohonan bilik penyelidikan
~tunggu bangunan baru dijangka januari depan
*permohonan menghadiri conference Visual Informatics pd 11-13/11@ Hotel Equatorial Bangi
~InsyaAllah,minggu depan penuh jadual kami bersidangan & berbengkelan di sana
*progress report perlu hantar ke FITM, UNISEL (dateline 19/11/09)
~prepare & email kepada Dr RS utk pengesahan
*Skim GRA-UKM

Perbincangan kami berakhir jam 6 ptg juga la...heehehe...maka selepas itu kami pun pulang la ke "sarang" masing2...Sampai di SU lebih kurang 7:30 malam.Aktiviti seterusnya, hero hajjah SO dtg menyelamatkan beliau apabila secara tidak sengaja keretanya terkunci.Luckily, dekat je ngan umah, kalo terkunci di UKM nunnn maunya ngan kami2 skali menangis...hehehe

ok la, itu shj coretan kali ini...~da end~

1 comment:

  1. uiks..ter'glamer' plak akak dlm entry nie-padahal ramai lagi kwn2 suzi di luar negara nie....nama akak pulak terpilih......thanks cik suzi...akak pun kagum dgn suzi dan rakan2..belajar dan mengajar dlm masa yg sama...padu tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    p/s lately nie byk jugak 'plan gila' akak dlm perhatian akak sblm balik msia...tkleh habag..malu weh...tu yg kena pulun gila2 gak..supaya plan 'gila' akak menjadi...doakan yer!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete