Followers

Wednesday, January 27, 2010

get set go!

semakin hari semakin rasa berdebar ni...tidur tak lena tapi makan berselera...heee...kawan seperjuangan (madam SO) dah dapat tarikh untuk defense proposal pada 2/2/10. hanya 4 orang sahaja dalam bidang kumpulan penyelidikan dia. kami baru menarik nafas lega selepas pembentangan minggu lepas tapi agak berdebar juga la memikirkan adakah tarikh defense proposal kami pun dah hampir tiba....oooo kena masuk gear laju skit ni...

Wednesday, January 20, 2010

Pembentangan Kemajuan Projek Siswazah Komputeran Industri

Salam,

Tarikh: 20-21 Januari 2010
Tempat: Puri Pujanggan, UKM

Alhamdulillah selesai sudah giliran pembentangan saya pada hari pertama. InsyaAllah, respon/komen drpd pensyarah akan diambilkira & saya akan berbincang lagi dengan penyelia untuk perkemaskan lagi proposal saya. :)

Pembentangan Kemajuan Projek Siswazah Komputeran Industri

Salam,

Tarikh: 20-21 Januari 2010
Tempat: Puri Pujanggan, UKM

Alhamdulillah selesai sudah giliran pembentangan saya pada hari pertama. InsyaAllah, respon/komen drpd pensyarah akan diambilkira & saya akan berbincang lagi dengan penyelia untuk perkemaskan lagi proposal saya. :)

Sunday, January 17, 2010

demotivated...

Salam,
Entahlah entry kali ini rasa down sgt. Bukan pasal PhD, alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan di UKM. Tetapi ujian kali ini di tempat lain. Saya cuba jugalah untuk menerimanya sepenuh hati. Saya anggap ia sebagai dorongan untuk saya berusaha lebih kuat/gigih nak mengharungi cabaran PhD ini. Entahlah, hanya Allah yang tahu bagaimana/apa perasaan saya sekarang. Saya hanya berharap dilembutkan hati insan itu untuk lebih memudahkan kerja saya ni. Waulahualam....

Friday, January 15, 2010

pertemuan pertama semester kedua

alhamdulillah, pertemuan pertama semester kedua dengan sv pada khamis 14 januari 2010 (10:45 - 12:30 tghari) telah berlangsung dengan jayanya...heee...kami bertiga di bawah sv yang sama. maka perbincangan yg dijalankan secara serentak ni bagus juga. mana2 point2 yg tertinggal blh la kongsi2 dgn rakan2 lain. InsyaAllah pada 20-21 januari (rabu-khamis) kumpulan penyelidikan kami ada pembentangan kemajuan projek siswazah komputeran industri. Giliran saya pada sesi kedua hari pertama. Saya hantar proposal kpd sv utk di semak. alang2 dah jumpa blh la kupas/komen satu persatu topik/subtopik yg perlu ada dalam proposal ni. Maka terus baiki dan prepare untuk pembentangan minggu hadapan. Berdebar juga. Rasa cam pre-defense proposal pun ada ni...alhamdulillah setakat ini jelas di bab pernyataan masalah, skop, objektif, batasan kajian, metodologi, sumbangan kajian (akan bertambah dari masa ke semasa mengikut penemuan2 terbaru dlm kajian). Untuk bab Kajian literatur saya sendiri akui mmg perlu bacaan tambahan lagi utk support kajian ini...ok laaa sambunggg...baca baca baca kritik kritik kritik kritik tulis tulis tulis...good luck to all!

Wednesday, January 6, 2010

PhD Workshop Series 1 : How to write a good PhD proposal

salam,

Alhamdulillah semalam (5/1/2010) seharian kami berbengkel. Terima kasih kepada speaker, Assoc Prof Dr Norzaidi Mohd Daud (UiTM).mmg best la dengar talk drpd Dr. ni..tak kering gusi mendengar lawak2 yang penuh berisi / bermakna..heeee...mmg saya kagum dengan ilmunya. Di usia yang muda,pelbagai kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik ini mmg superb. (ada 6 tahun lagi ni boleh kejar ke pencapaian Dr? :p).

Saturday, January 2, 2010

Semester 2 sudah bermula

Salam,

Alhamdulillah sudah bermula semester 2 pengajian kami.Bayar yuran pengajian (RM2235.00) di Bank Islam SU, slps itu buat pendagtaran diri secara online. senang kan...

Syukur satu paper dah diterima di Penang February 2010 ICCIS 2010 : "International Conference on Computer and Information Science". Rakan sekutu (main kutu ke? :p), mr fahmi akan pergi membentangkan kertas penyelidikan kami di sana.

Saya dah submit borang mohon geran FRGS kepada SV ttp tak pastilah sempat ke tidak untuk dihantar permohonan ni. kalo tak sempat nmpk gaya akan forward ke pemilihan akan datang la.

Masih bertungkus lumus buat jurnal kritik.heee makin baca makin pening ni..camno? kweng kweng kweng....