Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.
Followers
Friday, January 15, 2010
pertemuan pertama semester kedua
alhamdulillah, pertemuan pertama semester kedua dengan sv pada khamis 14 januari 2010 (10:45 - 12:30 tghari) telah berlangsung dengan jayanya...heee...kami bertiga di bawah sv yang sama. maka perbincangan yg dijalankan secara serentak ni bagus juga. mana2 point2 yg tertinggal blh la kongsi2 dgn rakan2 lain. InsyaAllah pada 20-21 januari (rabu-khamis) kumpulan penyelidikan kami ada pembentangan kemajuan projek siswazah komputeran industri. Giliran saya pada sesi kedua hari pertama. Saya hantar proposal kpd sv utk di semak. alang2 dah jumpa blh la kupas/komen satu persatu topik/subtopik yg perlu ada dalam proposal ni. Maka terus baiki dan prepare untuk pembentangan minggu hadapan. Berdebar juga. Rasa cam pre-defense proposal pun ada ni...alhamdulillah setakat ini jelas di bab pernyataan masalah, skop, objektif, batasan kajian, metodologi, sumbangan kajian (akan bertambah dari masa ke semasa mengikut penemuan2 terbaru dlm kajian). Untuk bab Kajian literatur saya sendiri akui mmg perlu bacaan tambahan lagi utk support kajian ini...ok laaa sambunggg...baca baca baca kritik kritik kritik kritik tulis tulis tulis...good luck to all!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment