Followers

Sunday, December 2, 2012

lapor diri

Alhamdulillah
genap 2 tahun setengah tempoh cuti belajar ...
bermula 1 JUN 2010 hingga 30 November 2012
oleh kerana 1 Disember 2012 ialah hari sabtu maka dianjakkan ke 3 Disember 2012 tarikh melapor diri
hari sabtu juga baru dapat email daripada HR kena bawa 3 dokumen
1) surat pengesahan status pengajian
2) tesis / draf tesis
3) laporan penyeliaan

 ... hmmm sungguh efektif dan efisien ...
jawabnya bawa kemudian la dokumen2 yang diperlukan ... kena minta izin dulu kat penyelia ... mahu urusan seminggu dua kemudian ...

Bersyukur ku kepada Allah yang memberi rezeki
rezeki dapat cuti belajar melanjutkan pengajian PhD
diikutkan sebelum ini tiada staf UNISEL yang dapat cuti bergaji penuh
dan kamilah batch pertama dapat skim ini
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
hanya Allah tempat ku bermohon segalanya dan Dia jugalah yang mengizinkan segala kejadian

tempoh 2 tahun setengah bukan lah sekejap dan bukanlah lama
namun banyak yang dipelajari sepanjang tempoh itu
smeoga Allah mudahlah lagi urusan penghantaran tesis lengkap (dateline pertengahan Januari 2013)
dan dijangka viva 1-2 bulan kemudian
dan mudahkanlah urusan penilaian daripada penilai dalaman dan luaran
KAU berikanlah kesihatan yang baik kepada penyeliaku PM Ir Dr Riza Sulaiman dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

pahit dan manis bercampur baur sepanjang pengajian
biarpun begitu saya anggap ia Ujian Allah
tanda kasih sayang kepada hambaNya
sekiranya kita lihat/rasa kita susah tapi lihat jugalah orang lain yang lebih susah
begitu jugalah kesenangan pangkat wang dan harta
jangan lihat orang yang lebih sahaja tapi lihatlah orang yang kurang daripada kita
semoga ku sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan
dan jauhkanlah ku daripada sifat2 yang memudaratkan


Friday, November 9, 2012

andai aku terleka ...

ya Allah ...
ku bermohon kepadaMu ...
permudahkan segala urusanku ...
hanya Kau yang maha mengetahui
maha mengasihi, maha penyayang ...

andai aku terleka ...
dibuai imbuhan wang ringgit dah jawatan
kau sedarkan lah diri ku
utamakanlah tuntutan agama

terimalah tanggungjawab ini semata-semata kerana Allah. Terimalah. Berbaktilah kepada agamamu - Prof MKI



Saturday, November 3, 2012

16.10.12 - 15.1.13

Alhamdulillah ..
Allah permudahkan urusan saya menghantar notis 3 bulan tesis lengkap
urusan semakan abstrak oleh 2 penilai dalaman juga dipermudahkan
(PM Dr Azlina Ahmad & Dr Azrul)
terima kasih ya Allah ...
semakin hari semakin berdebar
awal bulan 12 sudah mulakan tugas seperti biasa
cuti belajar telah tamat tempoh ... 2 tahun setengah ... sekejap sahaja ...

dan Alhamdulillah Allah anugerahkan juga si kecil yang sedang membesar dalam rahim saya ini
buat peneman mama menulis ye baby ...
:)

Monday, October 8, 2012

pertemuan ke-52


Alhamdulillah pada khamis lepas (4/10/12) telah diadakan sesi perbincangan bersama penyelia PhD dan rakan2 seperjuangan. Jadual pertemuan yang dipraktiskan sejak 2009, sekurang2nya 2 minggu sekali kami akan berbincang dan membentangkan laporan kemajuan penyelidikan masing-masing.

Alhamdulillah saya telah menyerahkan draf abstrak untuk sv semak kali kedua dan InsyaAllah dengan sedikit lagi pembetulan saya akan serahkan semula kepada beliau. Setelah dapat pengesahan barulah saya akan hantar notis 3 bulan penyerahan tesis lengkap secara atas talian.

*fasa penentusahaan & pengesahan: untuk analisis data daripada responden, sv cadangkan agar sediakan laporan analisis/teknikal

 Ya Allah, ku bermohon agar dipermudahkan segala urusanku dan sahabat2 seperjuangan ...


sumber: blog zafiranabilah 

Thursday, September 27, 2012

Grad School Utility Chart



For more comics, visit:
http://phdcomics.com/comics.php?f=1525


hehehee...
betul ke?
apa pun memang seronok klu banyak published paper ni ....
oohhh tahun ni kurang produktif seperti tahun lepas .... huhuhuhu

Tuesday, September 25, 2012

Friday, September 21, 2012

3 tahun 3 bulan ...

Alhamdulillah ...
syukur ke hadrat Ilahi ...
masih beri pelbagai nikmat kepada hambanya ini ...

20/9/12 pertemuan pertama dengan sv setelah masuk semester baru ...
Allahuakbar ... sudah sem 7!
bermaksud sudah 3 tahun 3 bulan saya dan rakan2 seperjuangan bernaung di bawah penyeliaan sv ...
tak terbalas jasa beliau
bagi yang mengenali sv kami mungkin beri persepsi yang sama...
ya, beliau memang seorang yang sangat berkaliber dan bagi kami seorang yang sentiasa memotivasikan diri untuk teruskan perjuangan dalam alam penyelidikan ini ...

Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan lancar
draf abstrak telah sv komen dan ada yang perlu dibaiki
selepas baiki kena submit semula utk sv semak dan semak dan semak
sekiranya ok akan disemak ke penilai dalaman pula
dan selepas proses pembetulan dan sebagainya barulah boleh hantar notis penyerahan tesis

InsyaAllah seminggu dua ni pulunnn la apa yang patut
pada masa yang sama juga urusan lain perlu diteruskan juga
semalam submit juga draf tesis untuk sv semak
mana2 yang dah siap la walaupun banyak lagi yang "rongak" ;)
seterusnya task2 lain yang tertangguh atas sebab masalah kesihatan yang merudum lebih kurang 2 minggu lalu perlu dilaksananakan ...

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Tuesday, September 4, 2012

salam


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang mengurniakan segala nikmatNya kepada kami sekeluarga ...
Alhamdulillah saya dianugerahkan keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, guru/pensyarah/penyelia, dan jiran2 yang baik2 ...


Rasulullah bersabda, “Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi merugi gara-gara dua kenikmatan ini, yaitu; nikmat kesehatan dan nikmat waktu luang.” (HR Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, hadits no. 6412).

Saturday, August 11, 2012

rumput jiran sentiasa lebih hijau - Prof MKI

Assalamualaikum ...
Alhamdulillah pada 9/8/12 (khamis) kami bertemu sv untuk update progress research ...
antara agenda yang dibincangkan tentang penulisan tesis, kerja2 penyelidikan dll ...
nampaknya cuti hari raya ni saya perlu ambil kesempatan turun padang jumpa responden untuk testing phase ...

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
 

Disini saya ingin kongsikan tulisan Prof Kamil Ibrahim ...
sedikit sebanyak memang ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita
 

sumber: blog Prof MKI

Istilah “rumput jiran sentiasa lebih hijau” merupakan pandangan semulajadi manusia.

Kita melihat orang lain sentiasa lebih istimewa. Banyak kes begitu. Dan keistimewaan orang lain ini tiada penghujung jika tidak ditangani dengan betul. Malah – kadangkala juga – ia tidak membawa damai di hati.
Ketika tiada kenderaan, kita dianugerahkan basikal maka kita berasakan “alangkah baiknya jika mempunyai motorsikal”. Ia lebih istimewa. Akhirnya, jika diberi kesempatan membawa Kancil, maka Honda pula yang dilihat lebih istimewa.
Ia tidak berakhir di situ.
Saya sering menaiki pesawat. Dahulu, saya melalui kawasan kelas perniagaan sebelum sampai ke tempat duduk sendiri di kelas ekonomi. Di dalam hati berkata, “aduh… istimewanya yang berada di hadapan”.
Kemudian saya diberi kesempatan untuk merasai kawasan tersebut. Perasaan istimewa itu mengensot hilang. Ia jadi biasa-biasa. Kita memandang sesuatu yang belum terjangkau.
Kita mendongak.
Jika kita membuat senarai keistimewaan yang dimiliki oleh orang lain maka ia tidak akan ada nokhtah. Ia permainan hati. Tambah-tambah lagi jika ia dikaitkan dengan keistimewaan harta benda.
Namun ada sesuatu menarik tentang keistimewaan yang ada pada manusia lain. Nun jauh di sudut hati kita beranggapan ia sukar untuk dimiliki.
Misal mudah, saya pernah dijemput ke kediaman sesorang yang mempunyai penyaman udara lebih daripada 20 unit. Saya fikir – dengan kemampuan sedia ada – tidak mampu untuk saya miliki.
Saya melihat Jaguar di rumah kenalan. Tidak… juga saya tidak mampu mempunyainya.
Atau, saya senyum-senyum mendengar pendapatan rakan-rakan yang bersara dan menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Wah, istimewanya mereka dengan kesenangan tersebut. Tidak… saya tidak fikir saya mampu mencapainya.
Saya pernah ditanya tentang kehidupan. Jawab saya mudah, “saya tidak meninggalkan dunia yang serba indah ini tetapi yang lebih saya mahu amati ialah kehidupan yang kekal abadi”.
Pertanyaan tersebut dijawab dengan pertanyaan yang lain, “apa sahaja yang kita lakukan mesti menjawab satu soalan asas yang paling mudah, “adakah ia mendekatkan diri kepada Allah SWT?”.
Jika jawapannya “YA”, maka belilah kapalterbang untuk meneroka dunia. Ia tidak mengapa.
Maksud saya, kita mesti menjadi manusia istimewa di sisi Allah. Bagaimana? Cubalah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Ia sungguh istimewa. Perhatikan waktu subuh. Lihatlah bagaimana Allah mengasingkan nilai keistimewaan tersebut di sisiNya.
Kita boleh jadi manusia istimewa dengan konsisten bangun malam, sesuatu yang kelihatan sukar di sisi manusia. Ia tidak perlu melihat orang lain. Miskin, kaya, berkuasa atau tidak, pengurus, Perdana Menteri, Raja, profesor, tukang sapu jalan atau sesiapa sahaja berhak mendapat keistimewaan ini.
Banyak lagi yang boleh dilakukan yang InsyaAllah, menjadikan kita manusia istimewa.
Alahai… akhirnya keistimewaan ini menjadikan kita semakin kerdil di sisi Allah sehingga terhapus segala rasa tersebut. Air mata sentiasa mengalir di pipi menginsafi betapa kehidupan dunia hanyalah ujian yang perlu dilepasi.
Dan tentunya kita akan mengatitkan kisah kehidupan dan kematian sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW. Hadis ini direkodkan oleh Ibnu Abid Dunya dan Tirmizi. Ia bermaksud,
Aku dapati perumpamaan anak Adam [manusia yang meninggal dunia seperti seorang bayi yang keluar dari rahim ibunya yang sempit dan gelap ke dunia yang terbuka luas. Sebelum datang ke dunia, rahim ibu dianggap sebagai tempat yang sangat selesa].
Selepas menyaksikan keselesaan  dan kenikmatan dunia tiada seorang pun yang mahu kembali ke sana. Begitu juga, semasa hidup di dunia ini ia takutkan akhirat tetapi selepas pergi ke sana tiada seorang pun yang ingin untuk kembali [bagi mereka yang beriman]
Saya mohon keampunan Allah.

Sunday, July 29, 2012

jihad

Alhamdulillah pada khamis 26/7/2012 bersamaan  6 Ramadhan 1433H kami berdiskusi dengan sv. Macam2 perkara dibincangkan ...
Perbincangan utama lebih kepada perkembangan penyelidikan dan penulisan ...
walaupun dalam keadaan berpuasa tak terasa dahaga sebab pejabat baru sv sejukkk ya amat macam dalam petiais :p ... 


"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"


terasa masa semakin singkat, bayang-bayang penghantaran notis tesis melebihi bayang-bayang persiapan nak raya ni ;) ... rasanya kalahkan orang bercinta ... mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... hihihihi...

apapun sama2 lah ye kawan2 kita harungi fasa "hidup" kita begini ... pikir positif, bukan semua orang merasai nikmat Allah ini  ... bukan semua orang dapat peluang meyambung pengajian hingga peringkat ini ... bukan semua orang... bukan semua orang... bukan semua orang ... kita sedang berjihad menuntut ilmu Allah ini ...


Thursday, July 12, 2012

dugaan PhD?

salam,
pernah sahabat saya bertanya apakah dugaan yang saya lalui sepanjang pengajian PhD ni?
errmmmm serius nya saya tak tahu nak jawab apa 

Saya sentiasa percaya kepada kekuasaan Allah!

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Kita harus ingat, setiap saat ALLAH akan menduga umatNya dengan berbagai2 ujian, tidak kira dari segi kesusahan atau kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa, dan bertawakal amat penting kerana islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah,terpulang kepada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. Oleh itu, setiap perkara hendaklah ditangani dengan bijak,jangan bertindak terburu dan selebihnya berserah kepada Allah SWT. [1]

semua orang tak kira sedang buat phd atau tidak ada dugaan / ujian dalam hidupnya
bezanya bagaimana dia menanganinya

semoga Allah sentiasa berikan kekuatan dan ketabahan kepada saya dan sahabat2 lain
InsyaAllah!

pil-pil vitamin HEBAT saya!



mak abah @ Jetty Jesselton Point, Sabah

keluarga kecil kami

keluarga besar (tak semua ada dalam gambar, keluarga kandung + keluarga mertua)
tengok kaklong saya kan besar :p


sahabat seperjuangan & supervisor PhD kami



Saturday, June 30, 2012

Laporan kemajuan Januari - Jun 2012

Alhamdulillah
pada khamis 28/6/2012 kami bertiga ada pertemuan dengan sv ...
mula jam 10pg+ hingga 1:30ptg heheee lama tak lama kan... ;P
meeting kami kali di ni pejabat baru sv
pagi tu kak sal bermurah hati menaja sarapan kami
semoga Allah murahkan lagi rezeki kak sal ye

antara agenda yang dibincangkan:
*penulisan draf tesis
*penghantaran notis submit tesis + sediakan abstrak
*TOC
*pengesahan laporan kemajuan yang perlu dihantar kepada majikan
*dan banyak lagi :)


Tuesday, June 12, 2012

IVI Monthly Seminar : "Social Network Modeling and Analysis for Forensic Identification" by Prof. Snasel Vaclav

IVI Monthly Seminar on "Social Network Modeling and Analysis for Forensic Identification" by Prof. Snasel Vaclav from the Technical University of Ostrava, Czech Republic. Seminar info: Date : 14 June 2012 (Thursday) Time : 2.30 - 4.30 PM Place: Bilik Mesyuarat 1, FTSM

Thursday, May 31, 2012

2012: penerbitan ketiga

Alhamdulillah, satu jurnal baru terbit (saya penulis bersama), tahniah kak Sal! semoga momentum menulis semakin bertambah! Saliyah Kahar, Riza Sulaiman and Suziyanti Marjudi. Article: Development on Mobile Robot Controller by using High Level Language Programming: A Review. International Journal of Computer Applications 45(10):29-34, May 2012. Published by Foundation of Computer Science, New York, USA. BibTeX

Progress Report Meeting

Salam, Isnin yang lepas (28/5/2012) ada perjumpaan IVI, UKM Phd Student @ Puri Pujangga. Pada masa yang sama juga diadakan sesi untuk defend proposal bagi pelajar2 yang berkenaan. Untuk sesi saya bersama sv pula lebih kepada update (siaran ulangan) sebab dah jumpa rabu yang lepas ;) walaubagaimanapun ada beberapa perkara juga la dapat dibincangkan dengan lebih lanjut ... semoga Allah mudahkan perjalanan PhD saya dan teman2 ... InsyaAllah
~kak Sal, Sz & SV~

45th meeting

Alhamdulillah rabu lepas (23/5/2012) saya selamat berdiskusi dengan sv ;) ... meeting ke-45 ...
perbincangan banyak kepada persediaan untuk progress report meeting isnin akan datang ni ...
yang penting timeline di gantt chart tu ...
di semester2 hujung2 nyawa  ... :)

tarikh penting :
3/9/2012 hantar borang untuk "thesis submission notice", sertakan sekali dengan abstrak ... borang ini perlu dihantar 3 bulan sebelum tarikh hantar thesis penuh.


ada "kisah" di sebalik perjalanan nak ke ukm ni ... mula2 pasal kenderaan, saya tak boleh nak drive sendiri sebab lesen memandu "mati" maka terpaksalah encik suami hantarkan ... lepas tu plak syabil & syimir tak sihat, selesema + batuk maka tak hantar lah drop in ke taska ... akhirnya sekeluarga lah hantar mamanya ke "sekolah" ;) ... kecuali kakak sarah lah sbb dia sekolah kebangsaan + kafa :)

Friday, April 27, 2012

catatan yang tak tercatat ...

Salam,

Sebelum2 ni saya ada menulis setiap kali meeting/perbincangan dengan penyelia + team ...
tetapi dah agak lama juga la tak tertulis...


semua tarikh dan point2 penting semasa pertemuan ada dicatat dalam buku log.
sebelum meeting selalunya saya akan prepare dulu  point2 utama tersebut (macam agenda meeting) dan cetak untuk simpanan penyelia dan rujukan saya.

bilangan meeting ini dicatat sejak semester kedua pengajian. untuk semester pertama takde buku log ni lagi tapi ada lagi la catatan, boleh dikatakan setiap minggu kami bertemu penyelia sebelum atau selepas kelas Research Methodology (selasa 4petang-7malam). Semester pertama lebih kepada banyak persoalan dan penyediaan untuk fasa mempertahankan/defense proposal pada semster dua.

untuk simpanan dalam blog ini saya catatkan tarikh pertemuan ...
(sambungan dari catatan sebelum ini)

meeting 28 : 23/5/2011
meeting 29 : 3/6/2011
meeting 30 : 16/6/2011
meeting 31 : 23/6/2011
meeting 32 : 6/7/2011
meeting 33 : 3/8/2011
meeting 34 : 18/8/2011
meeting 35 : 22/9/2011
meeting 36 : 12/10/2011
meeting 37 : 2/11/2011
meeting 38 : 8/12/2011
meeting 39 : 21/12/2011
meeting 40 : 19/1/2011
meeting 41 : 17/2/2012
meeting 42 : 1/3/2012
meeting 43 : 5/4/2012
meeting 44 : 26/4/2012 


Thursday, April 5, 2012

Workshop on manuscript writing for indexed journals (II)

 ~Sz, kak Sal, PM Dr Anton, Dr Azrul & Fahmi~

Alhamdulillah, selamat menghadirkan diri dalam bengkel kedua ini ...

Workshop on manuscript writing for indexed journals (II)
Date : 5/4/2012
Time : 9.00am
Place: Bilik Mesyuarat 1, FTSM UKM

 
tetapi saya takde submit apa2 jurnal terbaru...hehehee
baru menarik nafas lega, Alhamdulillah lepas syarat untuk penghantaran tesis nanti ...
minimum penerbitan 2 artikel jurnal dan 1 prosiding persidangan ...

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan ...
berikut senarai penerbitan yang menjurus topik penyelidikan saya ...



Published Paper (Journal)
1.       Suziyanti Marjudi, Riza Sulaiman and Mohd Fahmi Mohamad Amran. Article: Designing Computer Aided Design for Malaysia SMEs Food Packaging (PackCAD) using Quality Function Deployment (QFD). International Journal of Computer Applications 41(16):16-19, March 2012. Published by Foundation of Computer Science, New York, USA. doi: 10.5120/5623-7907

2.    Suziyanti Marjudi, Riza Sulaiman, Saliyah Kahar, Mohd Fahmi Mohamad Amran and Asma' Yusoff. “A Study on Data Exchange Method in Food Packaging CAD System”. International Journal of Computer and Electrical Engineering (IJCEE, ISSN: 1793-8163). In-press.


Published Paper (Conferences/Proceeding)
1.    Suziyanti Marjudi, Riza Sulaiman, Saliyah Kahar, Mohd Fahmi Mohamad Amran and Asma' Yusoff. “A Study on Data Exchange Method in Food Packaging CAD System”. International Conference on Electronics, Networks and Computer (ICENC 2011). November 4-6, 2011.

2.    Marjudi, Suziyanti; Sulaiman, Riza; Amran, Mohd. Fahmi Mohamad; Kahar, Saliyah; Abdullah, Khairul Annuar; , "A study on CAD systems for food packaging," Open Systems (ICOS), 2011 IEEE Conference on , vol., no., pp.171-174, 25-28 Sept. 2011. doi: 10.1109/ICOS.2011.6079277


3.    Marjudi, S.; Sulaiman, R.; Amran, M.F.M.; Kahar, S.; Abdullah, K.A.; , "The development of CAD system for SME food packaging in Malaysia: A proposal," Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 2011 International Conference on , vol., no., pp.1-4, 17-19 July 2011. doi: 10.1109/ICEEI.2011.6021509

4.    Yusoff, A.; Sulaiman, R.; Marjudi, S.; “Framework of CAD system in food packaging for Malaysian SMEs,” Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 2011 International Conference on , vol., no., pp.1-4, 17-19 July 2011. doi: 10.1109/ICEEI.2011.6021741







Tuesday, March 13, 2012

Understanding MATLAB (1 day)


Alhamdulillah selamat menghadiri kursus Matlab ... InsyaAllah boleh la diperkembangkan lagi ilmu yang dipelajari ... mana-mana yang sesuai untuk diaplikasikan kepada projek penyelidikan ... 
Terima kasih kepada penyelia yang meluluskan bajet gunakan duit geran menghadiri kursus ini ... rm1100 / pax ...

Course
Understanding MATLAB (1 day)
organised by Trity Technologies Sdn Bhd

Date 
12 MARCH 2012, Monday 
Time9.15am - 5.00pm
*Daily registration starts at 9.00 am*

Venue: 
Makmal Komputer PascasiswazahBlock D, Ground Floor
Faculty of Engineering (building 5 of map)
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur



Friday, March 9, 2012

Workshop on manuscript writing for indexed journals

Date : 8/3/2012
Time : 8.30am
Place: Makmal Aplikasi Industri (Makmal 2), Blok C

Alhamdulillah selamat menghadiri bengkel penulisan jurnal yang dianjurkan oleh IComp, FTSM UKM.
Banyak ilmu penulisan yang dikongsi ...Speaker yang berpengalaman spt PM Dr Liong, PM Dr Anton, Dr Syaimak, Dr Nazatul & Tn Azrul Shapii Vettel ... alhamdulillah dapat ilmu baru terutama turnitin (wakil PTSL) & latex ... ;)

Sunday, March 4, 2012

2012: penerbitan pertama


Alhamdulillah, tahniah kepada penulis utama dan penulis bersama ...
bersama-sama kita tingkatkan lagi usaha!

Alhamdulillah conference proceedings untuk paper ini accepted as a journal, indexed in SCOPUS.

Boleh rujuk di http://www.waset.org/publications.php (click pada Issue 0062: 2012)
Article No. 75 | page 414-418| A Proposed Information Extraction Technique in Engineering Drawing for Reuse Design

pISSN: 2010-376X
eISSN: 2010-3778
(credit to: fahmi) 

Alhamdulillah ... dua artikel kami telah dapat notis diterima (acceptance notification), harap2 proses pembayaran selesai secepat munngkin :)

Friday, February 17, 2012

Writing Research Articles for Journals

Date   : THURSDAY (16/2/2012)
Time   : 2.30 - 4.30pm
Venue  : Bilik Mesyuarat 1, FTSM
Topic  : Writing Research Articles for Journals
Speaker: Assoc. Prof. Dr. Md. Mamun bin Ibne Reaz (Associate Fellow IVI)

Monday, February 13, 2012

Research Collaboration & Table-touch Demo

Thursday 9/2/12 (2:30pm) @ Bilik Mesyuarat 1, FTSM.
WISPr Communication Sdn Bhd is looking for research collaboration with IVI, especially in the
area of Table-touch technology.

Monday, January 30, 2012

EndNote .. ProQuest ... YouTube ...

Salam,

perisian Endote ... untuk simpan rujukan yang berkaitan dengan penyelidikan ... Mudah untuk buat citation dan menguruskan artikel-artikel yag dah dimuatturun...

ProQuest ... banyak tesis-tesis yang boleh kita perolehi, baca, kaji dsbgnya ... tengok la cara penulisan otai2 ... yang sudah menamatkan pengajian dan bergelar "Doctor" ... pelbagai bidang, cara penulisan pun semestinya berlainan ...

YouTube ... lagi senang nak tengok tutorial online sahaja ... almaklum lah kadang2 baca arahan lambat sikit nak paham ... tengok animasi, gambar dll mudah sikit nak masuk ...hehehee

Tuesday, January 10, 2012

Baucar Buku 1Malaysia

Alhamdulillah...
Jumaat lepas (6 januari 2012) baucar  buku bernilai RM200 (4 keping rm50) selamat diambil di kaunter (errr bilik jubah) di bangunan SPS, UKM. rasanya dah terlalu lama tak pegi situ, tiba2 dah tersergam indah bangunan barunya....
lepas ni operasi mencari buku yang bersesuaian pula...tarikh luput 31 mac 2012 ...




Saturday, January 7, 2012

Laporan Kemajuan PhD | PhD Progress Report

Alhamdulillah...
5.1.12 (Khamis) telah selamat submit laporan kemajuan (jun-disember 2011) ke pejabat dekan ...
Cuaca panas terik di UNISEL Bestari Jaya
langit cerahhh sangat...warna biru...
Awan pun cantikkkk sgt...

Tasik UNISEL BJ
Library UNISEL BJ







Paper published- 2011

Journals

1.   Suziyanti Marjudi, Riza Sulaiman, Saliyah Kahar, Mohd Fahmi Mohamad Amran and Asma' Yusoff. “A Study on Data Exchange Method in Food Packaging CAD System”. Advanced Materials Research.
2.   Mohd Fahmi Mohamad Amran, Riza Sulaiman, Suziyanti Marjudi and Saliyah Kahar, "A Study on Extraction Method of Non Geometry Information in Engineering Drawing Title Block," Advanced Materials Research, Vol. 383-390, pp. 995-99, 2012.
3.   Mohd Fahmi Mohamad Amran, Riza Sulaiman, Suziyanti Marjudi, Saliyah Kahar and Zuraidy Adnan, "Extraction Method of Version Number in Engineering Drawing," Applied Mechanics and Materials, Vol. 110-116, pp. 4856-4860, 2012.

Conference Proceedings

1.   Suziyanti Marjudi, Riza Sulaiman, Saliyah Kahar, Mohd Fahmi Mohamad Amran and Asma' Yusoff. “A Study on Data Exchange Method in Food Packaging CAD System”. International Conference on Electronics, Networks and Computer (ICENC 2011). November 4-6, 2011.
2.   Marjudi, Suziyanti; Sulaiman, Riza; Amran, Mohd. Fahmi Mohamad; Kahar, Saliyah; Abdullah, Khairul Annuar; , "A study on CAD systems for food packaging," Open Systems (ICOS), 2011 IEEE Conference on , vol., no., pp.171-174, 25-28 Sept. 2011. doi: 10.1109/ICOS.2011.6079277
3.   Marjudi, S.; Sulaiman, R.; Amran, M.F.M.; Kahar, S.; Abdullah, K.A.; , "The development of CAD system for SME food packaging in Malaysia: A proposal," Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 2011 International Conference on , vol., no., pp.1-4, 17-19 July 2011. doi: 10.1109/ICEEI.2011.6021509
4.   Kahar, Saliyah; Sulaiman, Riza; Amran, Mohd Fahmi Mohamad; Marjudi, Suziyanti; Prabuwono, Anton Satria; , "Utilization of mobile technology for mobile robot controller," Open Systems (ICOS), 2011 IEEE Conference on , vol., no., pp.166-170, 25-28 Sept. 2011. doi: 10.1109/ICOS.2011.6079301

5.   Amran, Mohd. Fahmi Mohamad; Sulaiman, Riza; Kahar, Saliyah; Marjudi, Suziyanti; Abdullah, Khairul Annuar; Adnan, Zuraidy; , "A comparative study on extraction method of non-geometry information in engineering drawing," Business, Engineering and Industrial Applications (ISBEIA), 2011 IEEE Symposium on , vol., no., pp.5-9, 25-28 Sept. 2011. doi: 10.1109/ISBEIA.2011.6088887
6.   Mohd Fahmi Mohamad Amran, Riza Sulaiman, Suziyanti Marjudi and Saliyah Kahar, "A Study on Extraction Method of Non Geometry Information in Engineering Drawing Title Block," presented at the International Conference on Manufacturing Science and Technology, Singapore, September 16-18, 2011, 2011.
7.   Yusoff, A.; Sulaiman, R.; Marjudi, S.; “Framework of CAD system in food packaging for Malaysian SMEs,” Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 2011 International Conference on , vol., no., pp.1-4, 17-19 July 2011. doi: 10.1109/ICEEI.2011.6021741
8.   Kahar, S.; Sulaiman, R.; Prabuwono, A.S.; Amran, M.F.M.; Marjudi, S.; , "Comparative study of data transfer for mobile robot controller via mobile technology," Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 2011 International Conference on , vol., no., pp.1-6, 17-19 July 2011. doi: 10.1109/ICEEI.2011.6021655
9.   Kahar, S.; Sulaiman, R.; Prabuwono, A.S.; Amran, M.F.M.; Marjudi, S.; , "Data transferring technique for mobile robot controller via mobile technology," Pattern Analysis and Intelligent Robotics (ICPAIR), 2011 International Conference on , vol.1, no., pp.103-108, 28-29 June 2011. doi: 10.1109/ICPAIR.2011.5976920

Conferences/Workshop/Seminar attended

  1. 2011 International Conference on Electrical Engineering and Informatics (ICEEI), 17-19 July 2011, Bandung Indonesia
  2. Literature Review Workshop, 20 Aug 2011 ,Bangi Selangor
  3. 2011 IEEE Conference on Open Systems (ICOS2011), 25-28 Sept. 2011, Langkawi Malaysia
  4. Postgraduate Annual Gathering 2011, 7 Oct 2011, FTSM UKM
  5. 2011 International Conference on Electronics, Networks and Computer (ICENC 2011), 4-6 Nov 2011, Shah Alam Selangor
  6. Visualisation Toolkit (VTK) Workshop, 11 Nov 2011, FTSM UKM
  7. Talk by Prof Dr Sergio (Visiting Professor), 21 Nov 2011,  FTSM UKM






Paper Reviewer 

2012 IEEE Symposium on Computers & Informatics (ISCI2012)
2012 IEEE Business, Engineering & Industrial Applications Colloquium (BEIAC2012)
2011 IEEE Colloquium on Humanities, Science and Engineering Research (CHUSER2011)
IEEE Conference on Computer Applications and Industrial Electronics (ICCAE2011)
2011 IEEE Symposium on