Followers

Sunday, December 2, 2012

lapor diri

Alhamdulillah
genap 2 tahun setengah tempoh cuti belajar ...
bermula 1 JUN 2010 hingga 30 November 2012
oleh kerana 1 Disember 2012 ialah hari sabtu maka dianjakkan ke 3 Disember 2012 tarikh melapor diri
hari sabtu juga baru dapat email daripada HR kena bawa 3 dokumen
1) surat pengesahan status pengajian
2) tesis / draf tesis
3) laporan penyeliaan

 ... hmmm sungguh efektif dan efisien ...
jawabnya bawa kemudian la dokumen2 yang diperlukan ... kena minta izin dulu kat penyelia ... mahu urusan seminggu dua kemudian ...

Bersyukur ku kepada Allah yang memberi rezeki
rezeki dapat cuti belajar melanjutkan pengajian PhD
diikutkan sebelum ini tiada staf UNISEL yang dapat cuti bergaji penuh
dan kamilah batch pertama dapat skim ini
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
hanya Allah tempat ku bermohon segalanya dan Dia jugalah yang mengizinkan segala kejadian

tempoh 2 tahun setengah bukan lah sekejap dan bukanlah lama
namun banyak yang dipelajari sepanjang tempoh itu
smeoga Allah mudahlah lagi urusan penghantaran tesis lengkap (dateline pertengahan Januari 2013)
dan dijangka viva 1-2 bulan kemudian
dan mudahkanlah urusan penilaian daripada penilai dalaman dan luaran
KAU berikanlah kesihatan yang baik kepada penyeliaku PM Ir Dr Riza Sulaiman dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

pahit dan manis bercampur baur sepanjang pengajian
biarpun begitu saya anggap ia Ujian Allah
tanda kasih sayang kepada hambaNya
sekiranya kita lihat/rasa kita susah tapi lihat jugalah orang lain yang lebih susah
begitu jugalah kesenangan pangkat wang dan harta
jangan lihat orang yang lebih sahaja tapi lihatlah orang yang kurang daripada kita
semoga ku sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan
dan jauhkanlah ku daripada sifat2 yang memudaratkan


No comments:

Post a Comment