Followers

Friday, July 31, 2009

CAD2

salam...

hari ni kami ada kelad CAD jam 8-10pg. makanya bertolak dr SU lebih kurang jam 7:15pg.
hari ni belajar drawing 2D dan 3D.

(snap&grid alignment, region, union, subtract,intersect, drafting setting, hatching, layer, adding text, viewports etc)

Wednesday, July 29, 2009

.:: RM4 ::.

salam,

semalam (28/7/09) kami mhadiri kelas research methodology. pada minggu ini sesi ke makmal utk topik literature search...kami masuk sesi kumpulan 2.

Monday, July 27, 2009

Printer oh printer…

Printer (Pencetak) memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan saya (dan rakan seperjuangan). Terlalu banyak material yang perlu dicetak dan baca…meminjam kata2 seorang sahabat saya, untuk tahun pertama pengajian ni baca dan baca dan baca…jangan terlalu fikirkan fasa pembangunan system tersebut tetapi fahamkan dahulu / sebatikan dalam jiwa kajian kita tu…Kembali kepada cerita printer saya ni…Sebenarnya pada tahun 2007 lagi suami tersayang telah belikan printer sebagai pendorong saya buat PhD ni…printer HP Officejet K5300 berharga rm400++ (printer hitam putih & warna – vivera ink/tak rosak kena air) tetapi masa tu tunda dulu wat PhD sebab mengandungkan anak kedua dan selamat melahirkannya pada Mei 2008. Selepas itu barulah mula hubungi semula potential sv. Maka tugas utama printer tersebut masa tu hanyalah untuk kerja2 pejabat, cetak gambar dsbgnya (dah lari dr tujuan utama beli dia kan…). Dan pada Jun 2009 ini sy baru mendaftar menyambung PhD.Kebetulan pula ink katrij printer tersebut habis dan serata tempat juga lah mencari ink katrij akhirnya jumpa jugalah di Plaza Low Yat, KL. Memandangkan susah sgt cari ink katrij maka sy pun beli teruslah lebih untuk kegunaan akan dating. Masa tu SO & FA pun beli printer laserjet Xerox. Harga printer tersebut lebih kurang dgn jumlah ink katrij yg sy “borong” ni… Bila katrij baru dipasang Nampak kualiti cetakan dan kurang / ada masalah garisan2 tak keluar. Godek punya godek bahagian Printhead CY blinking2 menandakan ia perlu diganti.sudahhhhh pening plak nak cari, serata kedai juga tak jumpa sampailah dapat hubungi service centre di Damansara dan wakil mereka kata harga printhead tu diaggarkan 200-300…aduyaiii…incik suami kata beli je la printer baru…dan sabtu lepas kami ke Plaza Alam Sentral, SA, mula2 nak beli printer laserjet yg sama spt FA & SO tp akhirnya berkenan gak dgn HP laserjet M1005 (print/scan/copy). Harga RM489…mungkin dapat lebih rendah di Low Yat tapi tak ke sana (campur kos minyak tol tenaga sama je kot)… :)

Sunday, July 26, 2009

CAD1

Salam,

Pada jumaat (25/7/09) lepas Sz dan FA mengikuti kuliah subjek CAD yang diajar oleh sv kami. Kelas bermula jam 8 pg maka kami perlu bertolak dr SU jam 7pg dan sudah semestinya FA kena bertolak lebih awal (lbh kurg 6:15pg) dari BB. Semasa kami dalam makmal, SO ada “lepak” di pondok pergola fakulti sementara menunggu sesi perjumpaan bersama sv nya. Best juga tempat tu siap ada kipas, lampu dan power point/plug (sudah semestinya untuk charging bateri notebook). Seronok juga kelas pertama ni, selepas Dr RS beri kuliah, ada sesi makmal pula. Kami perlu buat lukisan menggunakan s/w AutoCAD. Sangat menarik la bagi yang amatur seperti Sz ni…Selepas tamat kelas, kami pergi ke kaunter makmal untuk aktifkan kad matrik (utk pass masuk ke mana2 makmal selepas ini). Selepas itu kami berjumpa dgn Dr RS untuk mohon pendapat beliau ttg review paper yg sedang dalam pembikinan ini.

Wednesday, July 22, 2009

:: Seminar Penyelidikan & Penulisan Saintifik 2009 ::

Salam,

Alhamdulillah pada selasa & rabu (21-22/7/09) kami berempat menghadiri seminar ini yang diadakan di Hotel Cititel Midvalley. Secara ringkasnya seminar ini banyak memberi manfaat dan menyedarkan kami betapa pentingnya setiap penyelidikan yang dijalankan perlu diterbitkan. Itulah "contribution" kita untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

:: Public Speaking & Presentation Skill ::

salam,

Alhamdulillah pada sabtu lalu (18/7/09) saya dan rakan2 terpilih menghadiri kursus ini di LT, FSP UNiSEL. Untuk sesi ini seramai 21 org peserta yang digabungkan dari fakulti berbeza. Sangat mennyeronokkanlah dengan penyampaian dan aktiviti yang disusun oleh Prof Dr SM, terasa 4 jam berlalu dengan cepat...

Thursday, July 16, 2009

.:: RM3 ::.

Salam…
Pada selasa (14/7/09) kami ke UKM. Seperti biasa ada kelas research methodology. Walaubagaimanapun kami bertemu sv terlebih dahulu. Tujuan utama untuk membincangkan slot diskusi bersama penyelidik lain dan telah dipersetujui akan diadakan pada selasa 2-4pm.Terima kasih PM Dr RS, sy dan FA dpt buku CAD tulisan beliau…alhamdulillah :) InsyaAllah kami akan manfaatkan sebaiknya. Kemudian membincangkan sedikit sebanyak review paper yg dlm pembikinan. Selepas itu kami ke kelas RM, sejam pertama Prof Dr HBZ memberi kuliah dah 2 jam kemudian oleh PM Dr JS.

Friday, July 10, 2009

:: RM2 ::

salam,
pada 9/7/09(khamis) merupakan kelas kedua kami. Alhamdulillah selesai kelas kedua meanikkan lg la semangat kami membuat penyelidikan ini. Kami diberi silibus pengajaran. nampaknya ada 4 org penyarah yang akan mengajar topik yang berbeza. Penilaian kursus adalah berterusan, di mana setiap topik ada tugasan yang perlu dihantar/dibentangkan, tiada peperiksaan akhir :). Di akhir kelas/semester nanti dijangka kami dapat menyiapkan proposal yang mana boleh diperkemaskan dan blh digunakan untuk peringkat "defend proposal" pada sem 2 nnt. Semoga Allah permudahkan dan tunjuk jalan yang lurussss/teranggggg utk Sz & kawan2 buat kerja2 penyelidikan ni..aminnnn

:: RM1 ::

salam,

alhamdulillah pada selasa (7/7/09) merupakan kelas pertama kami di UKM. Kami wajib ambil satu subjek iaitu Research Methodology. Pensyarah kami semester ini ialah Prof Dato' Dr HBZ. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang penyelidikan. Kuliah beliau 2 jam terasa sekejap je berlalu mendengar syarahan yang penuh berisi...Prof ni dapat PhD semasa umur beliau 27 tahun. Muda kan...sekarang ni dia lebih kurang 55 tahun...tapi kalo tengok orangnya mmg awet muda...bersemangat...bertenaga...mungkin petua dia senyummm je selalu semasa menyampaikan syarahannya...harapnya saya macam tu la 26 tahun lagi... :) ... terima kasih Prof menaikkan semangat kami utk buat penyelidikan...

selepas tamat kelas lebih kurang jam 2:15 ptg...kami pun menuju ke kereta dgn perut yg dah menyanyi lagu keroncong ni (kelas mulka kol 12 tghari).tetapi, ada masalah la plak kereta FA tak blh "start" enjin. cuba2 tak hidup gak. ermmmm...nenong nenong nenong, SK col pakar kereta (encik suaminya) tak dapat2 plak. Sz pon cuba mhubungi encik suamiku pula. Alhamdulillah dia ada di sekitar Bangi. Lebih kurang 15 min dia smpi. Sambil menunggu, kami dok bawah pokok di perkarangan tempat letak kereta lobi fakulti. Sambil menunggu kelihatan Dr A bawa kereta kuning...fuhhhh cun la kereta Dr A. mmg penuh gaya, mutu & keunggulan... Dr A keluar kereta menyapa kami ada kuliah kat bawah pokok ke...heeeee... Penat + panas tggu bawah pokok kami beralih pula ke depan lobi fakulti. Tak lama pastu encik suami sampai. Try pasang jumper kat bateri pun sama, try tukar bateri pun sama tak hidup gak kereta. Akhirnya dapat dihubungi juga encik suami SK. Katanya sekiranya tiada masalah bateri, pasti masalah timing belt + sensor. fuhhhh...encik suami Sz pun dah hubungi mekanik, dalam perjalanan lebihi kurang setengah jam baru smpi. maka kami pun segera lah mengisi perut. Kami pergi 2 buah kereta. Mekasih encik suami Sz belanja makan nasi beriani gam Johor. memang sedap la ditambah ngan kelaparan mkn tghari jam 4 ptg...huhuhuu...pastu kembali ke fakulti semula. mekanik pun dah sampai. Bila periksa mmg betul seperti pakar kereta advice, maka diorg pun g ambil barang. Lebih kurang jam 5 ptg kami balik dulu ngan encik suami Sz. FA tinggal tggu keta sat. Sampai rumah jam 6 ptg. FA katanya smpi umah 830 mlm (ditambah dgn kesesakan lalulintas org balik keje KL, syian dia)....maka itulah tamatnya perjalanan kelas pertama...

**** niat kena baik :p ****

Tuesday, July 7, 2009

ITPC2009 - paper review in da making

salam,

semalam (6/7/09) kami dalam specialize interest group - industrial computing (SIG-IC) ada perbincangan mengenai penulisan paper/article untuk dibentangkan pada ITPC akan datang ni. pada kali ini kami akan fokus kepada tajuk CAD berdasarkan research proposal Sz tempohari. Perbincangan diketuai oleh mr KAA, dibantu oleh "otai" (doctor dah tau kan maksud otai? :P) dr SW, mr FA, mr FR dan ms A...Terima kasih kepada semua ahli SIG-IC yang sama2 memerah keringat nmpknya. Jumaat ini kami akan berkumpul semula untuk berbincang hasil penemuan masing2... :)

Saturday, July 4, 2009

.:: Taklimat Pelajar Baru Siswazah::.

Salam,

Pada jumaat (3/7/09) kami berempat menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Gemilang, UKM. Yang penting taklimat mengenai akta pengajian siswazah serta peraturan-peraturan yang berkaitan. Di susuli dengan taklimat mengenai pencarian maklumat di perpustakaan.Kami perlu mahirkan diri dengan pencarian artikel dari jurnal2 berkaitan dari online database jurnal (GEMILANG). Selepas itu, ada sesi yang telah ditetapkan lawatan ke premis perpustakaan Tun Sri Lanang untuk melengkapkan modul kursus kemahiran perpustakaan (pascasiswazah).

Wednesday, July 1, 2009

.:: Pendaftaran Pelajar Baru::.



salam,

Alhamdulillah pada 26/6/09 (jumaat) yang lalu, kami berempat (Sz, FA, SK & SO) secara rasminya bergelar pelajar PhD di UKM.Seawal 7-7:15 pg kami bertolak dr rumah dan tiba di fakulti pada jam 8:15 pg. Nampaknya kami antara orang terawal sampai di fakulti...hehehe...Pada pagi itu kami perlu menghadiri taklimat di fakulti terlebih dahulu kemudian barulah ke PPS utk pendaftaran diri pula. Setibanya kami di PPS jam menghampiri 11:45pg dan nmpknya masih ramai yang menunggu giliran (mungkin ramai yg menyerbu PPS setelah tamat taklimat fakulti). Hujan turun dengan lebatnya...hujan rahmat tu...Lebih menarik kaunter telah pun ditutup menyebabkan kami dan ramai lagi para pelajar baru terpaksa menunggu jam 3 petang nnt utk pendaftaran....hmmmm....oleh itu kami pun pergilah makan tengahari, solat dsbgnya. Jam 2:30ptg dah smpi dan nmpknya agak panjang jugalah barisan.

.:: Solidworks Train-of-Trainer (ToT) Workshop ::.



salam....

Pada 15/6/09(isnin) yg lalu, saya dan rakan sekerja (FA & FR) berkesempatan/berpeluang menghadiri bengkel ini. Secara ringkasnya bengkel yang dijalankan di IProm, UNIKL mengenai pertandingan yg bakal diadakan pada semester depan. (National Solidworks Student Design & Modeling).