Followers

Friday, July 10, 2009

:: RM1 ::

salam,

alhamdulillah pada selasa (7/7/09) merupakan kelas pertama kami di UKM. Kami wajib ambil satu subjek iaitu Research Methodology. Pensyarah kami semester ini ialah Prof Dato' Dr HBZ. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang penyelidikan. Kuliah beliau 2 jam terasa sekejap je berlalu mendengar syarahan yang penuh berisi...Prof ni dapat PhD semasa umur beliau 27 tahun. Muda kan...sekarang ni dia lebih kurang 55 tahun...tapi kalo tengok orangnya mmg awet muda...bersemangat...bertenaga...mungkin petua dia senyummm je selalu semasa menyampaikan syarahannya...harapnya saya macam tu la 26 tahun lagi... :) ... terima kasih Prof menaikkan semangat kami utk buat penyelidikan...

selepas tamat kelas lebih kurang jam 2:15 ptg...kami pun menuju ke kereta dgn perut yg dah menyanyi lagu keroncong ni (kelas mulka kol 12 tghari).tetapi, ada masalah la plak kereta FA tak blh "start" enjin. cuba2 tak hidup gak. ermmmm...nenong nenong nenong, SK col pakar kereta (encik suaminya) tak dapat2 plak. Sz pon cuba mhubungi encik suamiku pula. Alhamdulillah dia ada di sekitar Bangi. Lebih kurang 15 min dia smpi. Sambil menunggu, kami dok bawah pokok di perkarangan tempat letak kereta lobi fakulti. Sambil menunggu kelihatan Dr A bawa kereta kuning...fuhhhh cun la kereta Dr A. mmg penuh gaya, mutu & keunggulan... Dr A keluar kereta menyapa kami ada kuliah kat bawah pokok ke...heeeee... Penat + panas tggu bawah pokok kami beralih pula ke depan lobi fakulti. Tak lama pastu encik suami sampai. Try pasang jumper kat bateri pun sama, try tukar bateri pun sama tak hidup gak kereta. Akhirnya dapat dihubungi juga encik suami SK. Katanya sekiranya tiada masalah bateri, pasti masalah timing belt + sensor. fuhhhh...encik suami Sz pun dah hubungi mekanik, dalam perjalanan lebihi kurang setengah jam baru smpi. maka kami pun segera lah mengisi perut. Kami pergi 2 buah kereta. Mekasih encik suami Sz belanja makan nasi beriani gam Johor. memang sedap la ditambah ngan kelaparan mkn tghari jam 4 ptg...huhuhuu...pastu kembali ke fakulti semula. mekanik pun dah sampai. Bila periksa mmg betul seperti pakar kereta advice, maka diorg pun g ambil barang. Lebih kurang jam 5 ptg kami balik dulu ngan encik suami Sz. FA tinggal tggu keta sat. Sampai rumah jam 6 ptg. FA katanya smpi umah 830 mlm (ditambah dgn kesesakan lalulintas org balik keje KL, syian dia)....maka itulah tamatnya perjalanan kelas pertama...

**** niat kena baik :p ****

No comments:

Post a Comment