Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.
Followers
Wednesday, July 1, 2009
.:: Pendaftaran Pelajar Baru::.
salam,
Alhamdulillah pada 26/6/09 (jumaat) yang lalu, kami berempat (Sz, FA, SK & SO) secara rasminya bergelar pelajar PhD di UKM.Seawal 7-7:15 pg kami bertolak dr rumah dan tiba di fakulti pada jam 8:15 pg. Nampaknya kami antara orang terawal sampai di fakulti...hehehe...Pada pagi itu kami perlu menghadiri taklimat di fakulti terlebih dahulu kemudian barulah ke PPS utk pendaftaran diri pula. Setibanya kami di PPS jam menghampiri 11:45pg dan nmpknya masih ramai yang menunggu giliran (mungkin ramai yg menyerbu PPS setelah tamat taklimat fakulti). Hujan turun dengan lebatnya...hujan rahmat tu...Lebih menarik kaunter telah pun ditutup menyebabkan kami dan ramai lagi para pelajar baru terpaksa menunggu jam 3 petang nnt utk pendaftaran....hmmmm....oleh itu kami pun pergilah makan tengahari, solat dsbgnya. Jam 2:30ptg dah smpi dan nmpknya agak panjang jugalah barisan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment