Followers

Thursday, December 23, 2010

motivasi, inspirasi ...

salam,
Saya nak ucapkan tahniah kepada seorang sahabat,
alhamdulillah sudah bergelar "Doctor",
syukur ke hadrat Ilahi,
dipermudahkan perjalanan beliau,
ntah kenapa saya yang terasa benar,
tumpang gembira atas kejayaan beliau,
sampai saya pula tak boleh tidur fikirkan beliau,
macam angau plak ye...
tapi sahabat saya ni seorang wanita, seorang isteri & seorang ibu ;)
mungkin sebab saya mengikuti kisah suka duka beliau di perantauan
banyak bicara hati ke hati
apa pun pengalaman/kejayaan beliau saya jadikan inspirasi
untuk saya pula meneruskan perjuangan ini
makin berdebarrrr...

meeting #19 (sem4:p1)

salam,
semalam (22/12/2010) ada sesi pertemuan dengan sv.
beberapa agenda yang dibincangkan ialah

1)installasi perisian untuk banguunkan prototaip sistem
2)ppenghantaran salinan laporan kemajuan & resit (bantuan penyelidikan)
3)bacaan artikel/jurnal yg berkaitan (XML data exchange)

oh ya, sempat juga kami melawat pejabat baru di bangunan penyelidikan yang baru...yeayy



Monday, December 20, 2010

pendaftaran online sem 2/2010/2011

alhamdulillah dah daftar di smpweb...
owhhh jap je dah naik sem 4 ...
makin nak tercabut organ2 dalaman ni ;p

Ya Allah, semoga dipermudahkan perjalanan pengajianku & rakan2 seperjuangan...ameeennn

Thursday, December 16, 2010

meeting #18 (sem 3: meeting5)

15.12.2010

salam,
alhamdulillah bertemu kembali ... back to school!
pertemuan kali ini perbincangan berkisar tentang update progress setakat sem ini. insyaAllah masih di landasan yang betul (landasan keretapi ke kapalterbang ke tak kisah la kan :p).
*perlu folllow up dgn responden untuk isi/pulangkan borang soalselidik yang telah diedarkan
*kerangka kerja pembangunan prototaip sistem
*pemilihan perisian/bahasa pengaturcaraan utk membangunkan sistem prototaip (justifikasi)
*pengesahan progress report untuk dihantar ke majikan

Talk by Intel, Penang on "Atom(tm) in the Embedded Systems

Details:
Time : 10am - 11.30am
Date : 15 December 2010
Venue: Bilik Mesyuarat 1, FTSM,UKM.


"Atom(tm) in the Embedded Systems".

The speaker shall be describing Intel vision for the future of embedded
systems and how we design Atom(tm) to be the key enabler for many future
applications. The talk will also describes the type of embedded
applications that will benefit from using Atom (tm), including In-Vehicle
Infotainment, Industrial Control plus Digital Security & Surveillance. In
addition, the talk will touch on the key challenges in designing embedded
software for robust and secure system design.


~~~~~~~~~~~~~~



~after talk, our lovely supervisor bring us to Rimba Cafe for lunch meeting with guest speaker~

Tuesday, December 14, 2010

baby phd student/candidate ...



Salam, alhamdulillah saya selamat melahirkan Syabil Hakimi Bin Suhaimi pada 20.10.2010 di Putra Medical Centre, Sg Buloh.
terima kasih kepada rakan seperjuangan UKM terutamanya kak sal, fahmi & k yani ... tolong update atau jadi wakil nak submit apa2 form ke fakulti atau penyelia. dan semestinya kepada penyelia juga... :)

doa

DOA APABILA MULA BELAJAR




Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

DOA MOHON TERBUKA HATI DAN FAHAM



Ertinya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah,
keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya
kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah
bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.

Friday, October 1, 2010

meeting #17 (sem 3: meeting4)

Pertemuan/perbincangan dengan sv pada 30 september 2010 (khamis) 10:30pg-12:00tghari

Antara topiknya:
1)Soalselidik penggunaan sistem rekabentuk berbantukan komputer di kalangan pengusaha IKS (makanan & minuman)
* analisis data akan diambil daripada kajian soalselidik pelajar master yang sedang dijalankan

2)Cadangan tajuk-tajuk penulisan jurnal/persidangan yang bersesuaian dengan kajian:

3)Kertas kerja yang telah diterima ke The 2010 International Congress on Computer Applications and Computational Science (CACS 2010), 4-6 December 2010, Singapore tetapi tidak akan dibentangkan kerana tidak diindeks oleh IEEE.
Tetapi insyaAllah ada satu lagi paper lain akan dibentangkan di KL pada november ini.

4)Persediaan untuk pertandingan yang dianjurkan MDEC (bussiness idea)
MSC Malaysia-IHL Business Plan Competition 2010/2011

Friday, September 24, 2010

EndNote Course, ICOMP Coloqium

Salam...

23 September 2010 (Khamis)

10:30pagi - 12:00 tgahari : saya mengikuti kursus EndNote di Makmal 4, FTSM ...
terasa ruginya tak menggunakan perisian ni awal2 penyelidikan dulu...ooohhh sgt memudahkan kerja dalam penulisan terutamanya untuk citation...pengurusan artikel2/jurnal2 yang di muat turun pun lebih teratur ...


2:00ptg - 3:30ptg : kolokium yang julung kali diadakan untuk kumpulan penyelidikan IC @ BK5, FTSM ... sepatutnya ada 4 orang pembentang tetapi ada seorang sahaja... walaubagaimana pun bagus aktiviti begini diteruskan .... untuk berkongsi maklumat penyelidikan yang dijalankan oleh kawan2 kan...

Monday, August 23, 2010

IComp postgraduate researcher colloquim - the schedule version 1

Salam,
Pada email bertarikh 21/8/2010, saya dapat makluman ICOMP colloquim akan diadakan bermula 23 September 2010. InsyaAllah giliran saya untuk membentangkan kajian pada 28 April 2011. :)

Sunday, August 22, 2010

paper accepted...

alhamdulillah syukur, baru sahaja dapat email pemberitahuan ...
Dua kertas kerja telah selamat diterima untuk pembentangan ...

"The 2010 International Congress on Computer Applications and Computational Science (CACS 2010), 4-6 December 2010, Singapore"

Saturday, August 14, 2010

meeting #16 (sem 3: meeting3)

alhamdulillah pada khamis lepas (12/8/2010, 10:30pg-12:00tghari) satu pertemuan dengan penyelia.Antara perkara yang dibincangkan ialah:

1) survey berkenaan penggunaan sistem RBK di kalangan pengusaha IKS
- hasil kajian pelajar master
2) persediaan untuk pertandingan yang diaanjurkan oleh MDEC (bussiness idea)
3) penulisan jurnal/LR (QFD method, data exchange technique, comparison CAD development)

InysaAllah pertemuan seterusnya akan diadakan minggu hadapan...

oh ya kami baru dapat bilik penyelidikan (212, Blok F) sementara menunggu bilik di bangunan baru.

Wednesday, August 11, 2010

Malaysia Food&Beverage Directory (4th Edition)


Published by FMM, In Collaboration with Matrade




Sebelum ini saya mencari direktori khas untuk F&B Malaysia tetapi masih tidak lengkap maklumat yang ada.

Saya ada juga mencari di PTSL, UKM tetapi tak jumpa. Terima kasih atas bantuan pustakawan bertugas...saya perlu isi borang & 2 hari lepas tu dapat maklumbalas dari pihak perpustakaan kata bahan itu tiada dalam simpanan. Yang ada adalah daripada edisi terdahulu (2002).

Direktori yang telah dikompil ada dijual di FMM. Kita boleh juga beli secara online tetapi harga berbeza. Sekiranya berada berhampiran kawasan Bandar Sri Damansara ni boleh je terus beli di kaunter (RM55 sahaja)... :)

Thursday, August 5, 2010

ASQED2010

salam,
Alhamdulillah saya & 3 orang rakan lain telah selamat menghadiri persidangan ASQED2010 di Penang (3&4/8/2010).

3/8/2010 (selasa)
Saya bertolak dari rumah lebih kurang jam 2:15pagi (3hb) & terus menuju ke rumah k sal. di sana sempat "sahur" dl ngan nescafe kaw & rendang daging+nasi himpit air tangan k sal...mmg sedapppp...tambah plak ada buah manggis & rambutan...hihihi
Lebih kurang jam 3:30 pg kami bertolak ke penang, sudah semestinya berjalan di tengah2 pagi ni mmg terlentuk2 la penumpang belakang (saya la tu :p). kol 7pg smpi Juru, singgah sebentar di rumah anak sedara k sal utk pass barang & tumpang bersiap2 nk p tempat persidangan di georgetown.Sampai di Hotel Gurney mmg tepat2 waktu pendaftaran (pukul 8pagi) & terusla join persidangan.
Selepas selesai urusan di ASQED2010, p check in di Hotel Grand Continental, berehat sekejap & jalan2 ronda2 penang (sesi petang/malam).

4/8/2010 (rabu)
Bersarapan dulu di Hotel Grand Conti pastu baru menuju ke Hotel Gurney. Dan join la persidangan hari terakhir ni. Bila dah selesai terus bergegas nak balik ke rumah kami syurga kami... :)





Friday, July 30, 2010

KPI

All academics hold PhD scheme have been given KPI by the faculty
and should achieve 100 marks with details as follows:
a. Journal: International max 50, National max 30, University max 20.
b. Proceeding International max 30, National max 10, University max 5.

message from dean: A hundred marks is for the WHOLE PhD study PERIOD. If you put as your
personnel target every year, it's pretty great.

Wednesday, July 28, 2010

meeting #15 (sem 3: meeting2)

salam,
semalam (27/7/2010) ada perjumpaan bersama kumpulan penyelidikan masing2. selepas selesai taklimat,ada perbincangan dengan sv pula. Alhamdulillah setakat ini progress on track. dapat pembetulan soalan2 soalselidik yang telah disemak oleh sv. maka langkah seterusnya ialah nak baiki, kenalpasti responden,cara2 agihan soalselidik ini etc. target nak mula data collection pada september tapi insyaAllah kalo siap sedia lg awal, nak agihkan lebih awal la ni. lg pun saya kena "kerja" 1-2 bulan lebih awal ni. nnt nak cuti bersalin nov/dec...harap2 baby bg kerjasama sepenuhnya ni :)

Monday, July 26, 2010

Research Group Meeting

Aturcara Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan
(Agenda for the Research Group Meeting)
27 Julai 2010 @ FTSM UKM

Objectives of the meeting:
1. To get to know the faculty (for the new students)
2.To get to know your group leader, members of research group

2.15pm Ahli Kumpulan berkumpul
Group members meet up at their respective places

2.30pm Taklimat oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan
Briefing by the Group Leaders

Perbincangan Kumpulan Penyelidikan
Research Group Discussion

4.00pm


5.00pm Minum Petang
Refreshment

Bersurai
End



Kumpulan/Group Tempat:/Place

DMO Dewan Multimedia
PR Bilik Kuliah 7
KT Bilik Kuliah 8
MM Bilik Kuliah 9
SSME Makmal siswazah (Blok G)
ATUR Makmal rangkaian (Blok G)
IC Makmal software Engineering (Blok G)
SIS Bilik Mesyuarat 2
VI Bilik Mesyuarat 1

Sunday, July 25, 2010

Mifb'10

salam,

Pada 24/7/2010 saya berpeluang pergi ke pameran mifb'10 ni. Seperti biasa lawatan sambil2 membuat pemerhatian terhadap pembungkusan makanan dapat juga menemubual peniaga2 di sana.
terima kasih k sal menemankan saya pusing2 keliling pameran ni. kenyang perut dok makan/minum kat situ..hehehe..

THE 11TH MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD & BEVERAGE TRADE FAIR (22-24.7.2010) @ PWTC.





Friday, July 23, 2010

FoodPack

*21ST MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD PROCESSING & PACKAGING EXHIBITION 2010 @ PUTRA WORLD TRADE CENTRE (15/7/2010 jam 11:00pg-12:30tghari)







@sixmonthspregnancy

Thursday, July 22, 2010

soalselidik

salam,

semalam (21/7/2010) sepatutnya ada pertemuan dengan penyelia (sv). tapi awal2 pagi lagi sv sms kata ada urusan lain (mungkin kecemasan), perbincangan ditunda ke waktu/hari lain.memandangkan k sal pun mmg ada temujanji dgn co-sv nya, saya ok je g join kan diri ke ukm. antara urusannya nak p amik borang hijau (untuk permohonan hadir ke persidangan di penang nnt) & check availability bilik research kami di bangunan baru fakulti.
sesi pagi dok "berdebat" dgn co-sv di rumah ni...tentang keperluan/kepentingaan kajian...facts & figures please!soalan2 draf soalan soalselidik untuk edaran kepada responden telah di email kn kepada sv. tunggu maklumbalas beliau & boleh laa sy baiki nnt.

Friday, July 16, 2010

meeting #14 (sem 3: meeting1)

salam,

semalam (15/7/2010) jam 3ptg, selamat bertemu penyelia untuk update progress research. antara topik perbincangan:

*Visit to MIHAS2010 (25/6/2010) @ Matrade

*21ST MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD PROCESSING & PACKAGING EXHIBITION 2010 @ PUTRA WORLD TRADE CENTRE (15/7/2010 jam 11:00pg-12:30tghari)
terima kasih k sal temankan saya meronda pameran ni... :) Temubual tak rasmi dibuat dengan beberapa orang wakil kilang pembungkusan makanan (malaysia & china)

* Submission of feedback form to faculty (correction of defend proposal)

* Questionnaire preparation (in progress)

paper CACS2010

Alhamdulillah, sudah submit 2 paper (main author: saya & mr fahmi)

2010 International Congress on Computer Applications and Computational Science
(CACS 2010)
4-6 December 2010, Singapore
http://irast.org/conferences/CACS/2010

Di harap ada rezeki ke sana... :)

disebalik kedukaan pasti ada kegembiraan ...

salam,

tempohari dapat email drpd pihak fakulti
kepada penerima skim cuti belajar
nombor satu, ttg bilik opis..setel dah le sbb kitorg dah pindah
nombor dua, kena pulangkan segala reta benda aset2 (ke estet2) universiti
makanya si hitam manis empat segi ni kena pulang la
ia bermaksud juga saya kenalah berzakat membeli sendirik sejenis
barang elektronik berbentuk empat segi ini...uhuuhuhuhu...
ok citer bestnya ialah...siapa nak menderma kilat kpd saya sila email utk no akaun ek...
ihiiksssss...takdelahhh memainnn je...

alhamdulillah dapat tawaran penajaan p conference
The Asia Symposium on Quality Electronic Design (ASQED 2010)
3&4 August 2010, Penang
http://www.asqed.com/

Saturday, July 3, 2010

Innovation & Entrepreneurship



Innovation & Entrepreneurship : Lessons Learned From Silicon Valley
by
Mr Mitchell Kapor (Founding Chair & Director of Linden Lab / Founder of Lotus Corporation)
2 July 2010 (Friday)
2:30-5:00pm @ Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Rasa bertuah dpt jumpa/dengar talk secara live pengasas Lotus Development dan juga pereka cipta perisian Lotus 123. :)

Wednesday, June 30, 2010

Pendaftaran online sem 1/2010/2011

salam,

alhamdulillah semalam saya dah daftar online di smpweb. terasa cepat betul masa berlalu, dah masuk semester 3. bermaksud dah setahun pengajian. perjalanan kerja2 penyelidikan sepatutnya dah 1/3 ... heheehe... banyak juga senarai menunggu tugas2 nak dibuat ni. mana satu nak buat dulu pun dah pening....adehhhh...help help help! mari kita tengok senarai tugas yang nak dilaksanakan sem 3 ni:

* siapkan soalselidik tentang pembungkusan makanan IKS (target: pengilang & pengusaha)
* event/exhibition yang berkaitan dgn food packaging ni (ada 2 dlm senarai bulan 7)
* training food packaging (tentatif date 23-24 Aug 2010) - tp kena apply dl ngan sv / fakulti / universiti
* buat pembetulan proposal dengan mengambilkira komen2 penilai dalam / luar semasa defend proposal yang lalu (sudah kena mula penulisan draf tesis sebenarnya ni)
>> study QFD (utk research method)
>> CAD development oleh malaysian
>> teknik2 pertukaran / pemindahan CAD data
....

Saturday, June 26, 2010

should attend!

21ST MALAYSIA INTERNATIONAL FOOD PROCESSING & PACKAGING EXHIBITION 2010
Date : 2010-07-15 ~ 2010-07-18
Venue : PUTRA WORLD TRADE CENTRE
Organizer : ES EVENT MANAGEMENT SDN BHD on
URL : http://www.esevent.com.my


MIFB 2010
Date : 2010-07-22 ~ 2010-07-24
Venue : PWTC
Organizer : EXPOMAL INTERNATIONAL SDN BHD Send
URL : http://www.mifb.com.my

Friday, June 25, 2010

meeting #13 (2/09/10) & MIHAS 2010

salam,

pada 24/6/2010 (khamis) kami bertemu dengan sv. tujuan utama untuk urusan pengesahan laporan kemajuan penyelidikan yg perlu dihantar ke unisel. selepas lebih kurang sejam pertemuan ini, kami pergi ke MIHAS2010 pula.



Sunday, June 20, 2010

pindah-randah

salam,

2 minggu lepas kami (staf yang dapat skim cuti belajar) diarahkan untuk mengosongkan bilik masing2 dan fakulti ada menyediakan dua buah bilik (quad) untuk postgrad room. selepas berbincang dengan mr hasben, dia kata bawa sajalah semua barang balik ke rumah, nnt lepas ni takdelah susah payah lagi nak pindah ke mana plak. maka operasi menyiapkan/menyediakan bilik opis di rumah pun dimulakan. setelah survey beberapa kedai perabot berhampiran, akhirnya beli 2 rak buku (4kaki*7kaki), meja belajar & kerusi. hari rabu lepas pula operasi mengangkat barang dibantu oleh 2 orang pekerja mr hasben. setel semua tunggu kemas barang2 di rumah pula. hari sabtu (semalam) furniture yang ditempah baru sampai. maka operasi mengemas bilik ni pula la...alhamdulillah hampir selesai...ok apalagi tunggu? study rajin2 ye :)

Saturday, June 12, 2010

peringatan untuk diri sendiri

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim

~Ya Allah, ku bermohon kepadaMu jauhkanlah sifat2 menzalimi insan lain...Kau maha adil Ya Allah...ku redha dengan ujianMu...~

S3 > D5 > ??

Tuesday, June 8, 2010

lawatan ke pejabat bendahari, UKM

salam,

Hari ini saya ke UKM. tujuan utama untuk menghantar salinan surat tawaran biasiswa pengajian ke pejabat bendahari. sebelum ini (2 sem yang lepas) saya bayar dahulu yuran pengajian baru buat tuntutan & dapat 50% bayaran. Alhamdulillah bermula semester depan hingga insyaAllah semester akhir pengajian (biasiswa sehingga nov 2012) yuran pengajian akan ditanggung oleh unisel.

Wednesday, May 26, 2010

Pass with correction

Alhamdulillah syukur semua calon yang defend proposal tempohari telah lulus dengan pembetulan...maka, langkah seterusnya ialah memperbaiki laporan mengikut komen penilai... :)

Friday, May 21, 2010

skim cuti belajar

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya setelah setahun melanjutkan pengajian dengan skim sebelum ini dapat juga saya cuti belajar penuh.Sebelum ini skim sambung belajar saya ialah 3 hari bekerja seperti biasa & 2 hari pelepasan untuk menjalankan kerja2 penyelidikan PhD, yuran pengajian ditanggung separuh sahaja bermaksud yuran per semester tu bayar dahulu kemudian claim dpt separuh. Dengan skim baru ini saya boleh terus fokus dengan pengajian sahajalah & yuran juga ditanggung sepenuhnya. Saya akan bercuti belajar selama 2 tahun setengah (1 jun 2010 - 30 nov 2012). Ya Allah ya tuhanku, semoga dipermudahkan segala urusanku & rakan seperjuangan... ameen...

Thursday, May 20, 2010

Defend proposal

Salam,

Alhamdulillah semalam saya dah berjaya membentangkan proposal penyelidikan. Untuk pengetahuan kawan2, sekarang ni sy di semester 2 pengajian, maka proses pembentangan yg dipanggil "defend proposal" ni dikira antara fasa penting jugak dlm hidup penyelidik mcm kami. Proses pembentangan ni untuk menentukan tajuk/bidang kajian kita tu boleh proceed ke fasa seterusnya & memenuhi paras penyelidikan PhD dllm sesuatu bidang la. Ada penilai luar (universiti) & penilai dalam. Komen2 drpd penilai inilahy g kita akan ambil untuk perbaiki penulisan tulisan / kajian kita. Syukurrrrr ke hadrat Ilahi mempermudahkan segalanya... mula2 risau juga mampu ke saya defend proposal semester ni? ngan pregnen 4 bulan ni,terima kasih kepada en suami & anak2 yg memberi kerjasama...bukan mudah melalui kehidupan "pelajar" bila dah beranak pinak ni...zaman kegemilangan dulu belajar zaman bujang, mmg "respek" la ngan ibuk2 yg menyambung belajar bila dah berkeluarga. paham2 sajalah nak "handle" budak kecik ni bukan senang...terima kasih juga kepada semua ahli keluarga, rakan2 & pelajar/bekas pelajar yg mendoakan kesejahteraan saya...byk lg fasa perlu dilalui...byk lg peluh bakal memercik, usus2 perut2 akan mengecut dsbgnya...yg ptg nak kena disiplinkan diri kekalkan momentum ni...



~Penilai luar: PM Ir Dr Wan Ahmad Yusmawiza (UIA),Penyelia: PM Ir Dr Riza Sulaiman, calon Phd: En Fahmi, calon PhD: Sz, calon PhD: Pn Saliyah, Penilai Dalam: Dr Syaimak Abd Syukor (UKM)~

11months1weeks2days

Wednesday, May 19, 2010

Hari penting

salam,

Ya Allah, semoga pembentangan proposal kajian hari ini berjalan lancar.... aminnn...
semoga dipermudahkan segala urusan.

Tempat: Bilik Mesyuarat 2, FTSM
Waktu : sesi saya dijadualkan pada jam 3 petang

Monday, May 10, 2010

Doa tenangkan hati

Doa untuk menenangkan hati yang gelisah antaranya:
*Doa: Allahumma-inni a'uzubika minal-hammi wal-hazan wa a'u zubika minal jubni wal-bukhl wa a'uzubika min ghalabatidaini wa qahri rija...l"
*yang bermaksud : " Ya Allah Ya Tuhanku aku berlindung daripada rasa keluh kesah, sedih/gelisah dan aku berlindung dari penakut dan kedekut aku berlindung dari nyanyuk dan bebanan hutang "

Friday, May 7, 2010

meeting #9

salam,

Pada hari selasa (4/5/10) dapat frwd email drpd sv ttg tarikh defend proposal. tentative date ialah pada khamis minggu depan (13/5/10). terus secara automatik terasa bahang/auranya...adehhh...

Khamis (6/5/10) ada discussion dgn sv, jadual asal jam 10:30 pg ttp beliau ada urusan lain maka ditunda ke jam 2 ptg. pertemuan kali ini banyak membincangkan tentang persediaan nak DP ni la...check semula proposal sebelum ini, adalah beberapa perkara kena tambah / perincikan lagi terutamanya bahagian metodologi kajian...

Ya Allah ya tuhanku permudahkan lah urusanku & rakan2 seperjuangan...aminnn ... :)

Tuesday, May 4, 2010

adhoc committee / task

21 Mac 2010: internal auditor MQA Document (MSc IT) /
Semakan Dokumen @ Hotel Seri Malaysia Bagan LAlang

16 April 2010 : Lawatan Sambil Belajar Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang
*Demo Special Lab (KI), FITM

29-30 April 2010 : MQA Visit (BSc IT with SCM)
*lecturer interview & class observation

Thursday, April 15, 2010

meeting #6-8

lama juga tak update perkembangan penyelidikanku ini ye... (kena bukak buku log semula ni..hehee)

meeting #6 (11/3/2010)
*perlu mengenalpsti data yang telah diperoleh sebelum ini samada ia merupkan data permohonan untuk pembelian perisian CAD atau pun telah diimplemenkan di SME yg disenaraikan.
*perlu mendptkan dta/maklumat ttg analisis soalselidik/survey penggunaan CAD di SME (sekiranya ada)

meeting #7 (10-16/3/2010)
*SolidWorks Essesntials/Drawing Training @ FTSM UKM


meeting #8
*Perbincangan mengenai jadual perbandingn antara standalone CAD & collaborative CD
*sediakn soalan kajiselidik ciri2 CAD yng akan dibngunkan bersesuaian dengan industri yang dikenalpsti

3rd National Inter-Varsity Design Competition



Salam,

Pada 8 April 2010 (Khmis) kami berkesempatan untuk menghadiri penyampaian hadian utk pertndingan merekabentuk produk menggunakan perisian SolidWorks di Technology Park Malysia. Sekalung tahnih kepada pemenang drpd USM.

Wednesday, March 31, 2010

Solidworks Training


10-12/3/2010 & 15-16/3/2010
@ FTSM UKM

Saturday, February 27, 2010

meeting #5

salam,

update progress on meeting 25/2/2010:
- data collection (list of F&B companies in malaysia) from SMECorp
- identify sample of data
- prepare questionnaire

Witness Simulation Training

22-24/2/2010 @ FTSM,UKM

Training ini di hadiri oleh lebih kurang 20 org peserta yg terdiri drpd pensyarah & pelajar pasca-siswazah. Dr George (Singapore) sbg trainer kami. mmg best la dapat ilmu baru buat simulasi menggunakan perisian witness ni.
Sepanjang 3 hari kami berulang-alik ke bangi...fuhhh kira mencabar juga la. pegi awal pagi & balik lewat petang. malam dah kepenatan...

Friday, February 5, 2010

sv meeting #4

salam,
Pada sem 2 ini, setiap hari khamis merupakan sesi pertemuan dgn sv.
Setiap pertemuan mesti ada direkod dalam buku log penyeliaan pelajar siswazah.
setakat ini sudah empat kali pertemuan.

#1 14/1/2010
#2 20-21/1/2010
#3 28/1/2010
#4 4/2/2010

Pada pertemuan kali ini saya berbincang dengan sv ttg perbandingan fail format CAD untuk menentukan limitasi kajian. Saya juga perlu dapatkan data bilangan IKS di Malaysia ini yang terlibat dgn penggunaan RBK untuk melihat kesesuaian ciri2 RBK yg ingin dibangunkan nnt.

Wednesday, February 3, 2010

tahniah!

salam,
sekalung tahniah kepada geng kami dah jadi calon PhD...madam SO dah berjaya melepasi fasa defend proposal...insyaAllah tak lama lagi giliran kami pula.... ;)

Wednesday, January 27, 2010

get set go!

semakin hari semakin rasa berdebar ni...tidur tak lena tapi makan berselera...heee...kawan seperjuangan (madam SO) dah dapat tarikh untuk defense proposal pada 2/2/10. hanya 4 orang sahaja dalam bidang kumpulan penyelidikan dia. kami baru menarik nafas lega selepas pembentangan minggu lepas tapi agak berdebar juga la memikirkan adakah tarikh defense proposal kami pun dah hampir tiba....oooo kena masuk gear laju skit ni...

Wednesday, January 20, 2010

Pembentangan Kemajuan Projek Siswazah Komputeran Industri

Salam,

Tarikh: 20-21 Januari 2010
Tempat: Puri Pujanggan, UKM

Alhamdulillah selesai sudah giliran pembentangan saya pada hari pertama. InsyaAllah, respon/komen drpd pensyarah akan diambilkira & saya akan berbincang lagi dengan penyelia untuk perkemaskan lagi proposal saya. :)

Pembentangan Kemajuan Projek Siswazah Komputeran Industri

Salam,

Tarikh: 20-21 Januari 2010
Tempat: Puri Pujanggan, UKM

Alhamdulillah selesai sudah giliran pembentangan saya pada hari pertama. InsyaAllah, respon/komen drpd pensyarah akan diambilkira & saya akan berbincang lagi dengan penyelia untuk perkemaskan lagi proposal saya. :)

Sunday, January 17, 2010

demotivated...

Salam,
Entahlah entry kali ini rasa down sgt. Bukan pasal PhD, alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan di UKM. Tetapi ujian kali ini di tempat lain. Saya cuba jugalah untuk menerimanya sepenuh hati. Saya anggap ia sebagai dorongan untuk saya berusaha lebih kuat/gigih nak mengharungi cabaran PhD ini. Entahlah, hanya Allah yang tahu bagaimana/apa perasaan saya sekarang. Saya hanya berharap dilembutkan hati insan itu untuk lebih memudahkan kerja saya ni. Waulahualam....

Friday, January 15, 2010

pertemuan pertama semester kedua

alhamdulillah, pertemuan pertama semester kedua dengan sv pada khamis 14 januari 2010 (10:45 - 12:30 tghari) telah berlangsung dengan jayanya...heee...kami bertiga di bawah sv yang sama. maka perbincangan yg dijalankan secara serentak ni bagus juga. mana2 point2 yg tertinggal blh la kongsi2 dgn rakan2 lain. InsyaAllah pada 20-21 januari (rabu-khamis) kumpulan penyelidikan kami ada pembentangan kemajuan projek siswazah komputeran industri. Giliran saya pada sesi kedua hari pertama. Saya hantar proposal kpd sv utk di semak. alang2 dah jumpa blh la kupas/komen satu persatu topik/subtopik yg perlu ada dalam proposal ni. Maka terus baiki dan prepare untuk pembentangan minggu hadapan. Berdebar juga. Rasa cam pre-defense proposal pun ada ni...alhamdulillah setakat ini jelas di bab pernyataan masalah, skop, objektif, batasan kajian, metodologi, sumbangan kajian (akan bertambah dari masa ke semasa mengikut penemuan2 terbaru dlm kajian). Untuk bab Kajian literatur saya sendiri akui mmg perlu bacaan tambahan lagi utk support kajian ini...ok laaa sambunggg...baca baca baca kritik kritik kritik kritik tulis tulis tulis...good luck to all!

Wednesday, January 6, 2010

PhD Workshop Series 1 : How to write a good PhD proposal

salam,

Alhamdulillah semalam (5/1/2010) seharian kami berbengkel. Terima kasih kepada speaker, Assoc Prof Dr Norzaidi Mohd Daud (UiTM).mmg best la dengar talk drpd Dr. ni..tak kering gusi mendengar lawak2 yang penuh berisi / bermakna..heeee...mmg saya kagum dengan ilmunya. Di usia yang muda,pelbagai kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik ini mmg superb. (ada 6 tahun lagi ni boleh kejar ke pencapaian Dr? :p).

Saturday, January 2, 2010

Semester 2 sudah bermula

Salam,

Alhamdulillah sudah bermula semester 2 pengajian kami.Bayar yuran pengajian (RM2235.00) di Bank Islam SU, slps itu buat pendagtaran diri secara online. senang kan...

Syukur satu paper dah diterima di Penang February 2010 ICCIS 2010 : "International Conference on Computer and Information Science". Rakan sekutu (main kutu ke? :p), mr fahmi akan pergi membentangkan kertas penyelidikan kami di sana.

Saya dah submit borang mohon geran FRGS kepada SV ttp tak pastilah sempat ke tidak untuk dihantar permohonan ni. kalo tak sempat nmpk gaya akan forward ke pemilihan akan datang la.

Masih bertungkus lumus buat jurnal kritik.heee makin baca makin pening ni..camno? kweng kweng kweng....